Scan baby: Perlu atau tidak?
Written by Najibah Mustaffa on 4:03 PM
"Dah scan ke? Boy or girl?". Acap benar soalan ini diajukan kepada saya, juga suami.
" Pergilah scan...", saran seorang kakak di pejabat, siap dengan cadangan klinik yang ada scan 4D. Katanya hasilnya lebih jelas dan puas hati.
Kami yang pada awalnya 'tidak kisah' sama ada anak yang bakal lahir ini lelaki atau perempuan agak terkesan dan terpengaruh. Seperti biasa, suami membuat 'research' di internet. Pertamanya untuk mengetahui lokasi klinik yang dimaksudkan, dan yang kedua, untuk 'survey' harga.
Hasil 'research' tersebut, kos untuk sekali scan yang paling murah di Kuantan adalah RM70. Saya termenung.
"Macam mana, nak scan ke?" Tanya suami. Saya diam, dalam hati berkira-kira perlu atau tidak kami melaburkan RM70 semata-mata untuk mengetahui jantina permata hati kami yang bakal menjengah dunia lebih kurang tiga bulan lagi.
Hasil musyawarah kami selepas solat zohor hari itu, "tidak jadi scan". Itu keputusan muktamad kami. Walaupun terdetik juga di hati saya untuk melihat 'dia' di 'dalam sana', dan dengan mengetahui jantina kata orang memudahkan persiapan untuk membeli kelengkapan baby nanti, saya dan suami memikirkan yang mana lebih penting.
"Dalam kegawatan ekonomi global hari ini, RM70 itu besar maknanya". Kata saya.
"Jantina tu kan dalam rahsia Allah..". Suami menambah.
Kami redha dengan apa yang bakal dikurniakan Allah kepada kami. Dan saya sebagai bakal ibu, pengalaman melalui fasa alahan yang memeritkan tidak membuatkan saya terlalu berharap itu dan ini pada anak yang bakal lahir.
Cukuplah sepanjang proses kehamilan ini, saya dan 'dia' sihat, dipermudahkan proses bersalin nanti, dah semoga kami dikurniakan Allah anak yang sempurna sifatnya, dan tanggungjawab kami pula selepas itu untuk mendidiknya agar menjadi anak yang soleh dan solehah.
Semoga kami diberi kekuatan. Dan sebenarnya, proses tarbiyyah anak bermula seawal 'dia' di dalam kandungan lagi. Saya seboleh mungkin menepis rasa penat untuk melazimi ma'thurat dan al-qur'an, kerana ianya bukan sahaja makanan untuk jiwa saya, namun proses pendidikan awal buat 'dia' di dalam sana.
Rabbana Yassir wala tu'assir!
7 comments: Responses to “ Scan baby: Perlu atau tidak? ”
By Hairin Herlina Abdul Halim on April 6, 2009 at 1:33 PM
salam..
sekadar nak bg pandangan.sebenarnya scanning process ni bukan semata-mata utk tahu jantina. tp lebih kpd perkembangan janin yang ada dalam rahim kita. samaada perkembangannya sesuai dengan usia kandungan atau pun tidak. dan jg utk mengetahui samaada organ2 dalaman baby berada dalam keadaan normal atau tidak.
Sepanjang sy pregnant dulu, setiap kali berjumpa dengn Dr.Khamsiah (my beloved gynea) di An-Nur Bangi, perkara pertama yg akan dia buat ialah scan baby. dari situ dia akan bgtau perkembangan baby dalam rahim. masa usia Muaz 26 minggu, saya buat 4D scanning. Alhamdulillah nampak sangat jelas organ2 dalaman Muaz yg sihat. Bila dah masuk 32 minggu, scan 2 minggu sekali. Dokter bole bg anggaran samada cecair amniotik dalam rahim tu cukup atau tak..
Apapun, better awk discuss dgn org yg lebih arif... take care..:)
By Zurina on April 6, 2009 at 9:36 PM
i agree with hairin..walupun tak de pengalaman lagi, tapi dari apa yang saya tahu dan melalui discuss ngan my mum ( dah 20 thun bidan)heee..scan boleh tahu segala perkembangan baby dan boleh ambil langkah2 keselamatan dan penjagaan..
By Unknown on April 7, 2009 at 10:38 AM
ooo.. ye ke?
Hmm..., memandangkan status kami yang bukan atas daripada aras mampu, jadi setakat ini proses scan bukannya satu yang teramat penting. Lagipun setiap kali check up di klinik pun, doktor akan periksa secara terperinci. Sesiapa yang pernah buat check up di klinik / hospital kerajaan mesti tau.
Jadi, ia kembali kepada soal perlu atau tidak, teramat penting atau penting atau kehendak atau apa-apa sahaja. Dan lebih utama ialah pendapat doktor yang memeriksa.
Kalau kami tidak percaya pada doktor yang menjalankan tugas, siapa lagi nak percaya? Ye tak?
Setakat ini, sebagaimana yang isteri saya maklumkan, ada juga dia bertanya pada doktor ketika check up yang terbaru. Doktor kata, tak perlu scan dalam keadaan sekarang.
Apa-apa pun, jawapan kepada soalan itu masih terbuka. Jika doktor kata perlu scan, akan scan. Jika tiba-tiba isteri terasa hendak scan, maka akan dibincang lagi.
By Mas on April 8, 2009 at 10:10 AM
Kak Bah, miss u very much, moga sihat2 jer yer, dgr kata weight dh makin naik2..moga pas deliver turun2 plak la yer..hehe
By Najibah Mustaffa on April 10, 2009 at 9:57 PM
To Hairin dan Zue:
Thanks atas pandangan dan nasihat. Sharing is caring, caring is loving and loving is everything. :-)
Masa regular check up every month tu, memang doktor ada scan, dan akan ceritakan progress baby. Tapi klinik kerajaan, tak lah scan tiap-tiap bulan. If kandungan ok dan tiada masalah, doktor kata repeat scan dekat-dekat nak bersalin nanti.
Apapun, mohon doa kalian agar dipermudahkan proses bersalin nanti.
To Mas:
Miss u and AZians very much! Ha'ah, weight makin naik, tapi masih dalam kawalan. hehehe...
By Hailah Resources on April 11, 2009 at 3:48 PM
kat klnk kerajaan, saya scan masa kndgn 28 mngu. next scan masa 36 mngu. sblm ni check up kat klnk desa 2 kali smngu, skrg seminggu 2 kali.
mahalnya scan rm70.. tu utk scan 4D ke, rasanya kat kpg sy ni xde tmpt bleh scan 4D lg. klu scan 3D biasa tu dalam rm20 je.
semoga sihat sokmo dan dlm lindungan Allah
By Najibah Mustaffa on April 12, 2009 at 11:03 AM
Yup. scan 4D, agak mahallah bagi saya if scan sekadar nak tahu boy or girl. Scan untuk tahu perkembangan baby memang dah ada kat klinik kerajaan. Tu yang buat saya berkira-kira tu. Ye lah, sekarang nak guna banyak duit. yang mana boleh jimat, kena lah jimat.
thanks atas doa. Saya doakan awak jugak. Take care!