36 weeks: The baby is coming!
Written by Najibah Mustaffa on 1:34 PM
Assalamualaikum
My check-up at 36 weeks. Penat yang teramat. 2 jam lebih baru selesai. Entahlah, mungkin pembawaan di akhir-akhir kehamilan, cepat penat, mengah, semput, lenguh..segalanya! Alhamdulillahi 'ala kulli haal, check-up hari ini ada berita gembira.
** HB meningkat, 11.0 berbanding 10.0 2 minggu sebelum ini. Pencapaian terbaik setakat ini, dan sudah melepasi paras berjaga-jaga.
** Berat juga meningkat berbanding 2 minggu lepas di mana berat menurun, setelah saya memaksa untuk makan, walaupun kurang berselera.
Next appointment dengan doktor lusa (19 Jun 2009) untuk FBP analysis. Kaki agak bengkak seminggu ini.
Hati ingin gembira untuk bertemu si permata hati tidak lama lagi. Pesan pada diri:
1) Jaga ibadah dan ingin akrab dengan Allah
2) Jaga hati suami
3) Jaga hati ibu, bapa, mertua
4) Positif!
Kepada-Mu Ya Allah, kami bertawakkal. Semoga segalanya selamat dan dipermudahkan. Amin..
0 comments: Responses to “ 36 weeks: The baby is coming! ”