Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Hamil: Sampai Bila Wajib Solat?

Written by Najibah Mustaffa on 3:09 PM


Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat berkaitan tajuk entri di atas. Memandangkan perkara ini menjadi persoalan dalam fikiran saya sendiri, maka saya telah merujuk kepada sahabat saya, Ustazah Shahidra (tutor di Jabatan Fiqh dan Usul, API UM), di mana beliau telah memanjangkan persoalan-persoalan saya kepada orang yang lebih 'arif iaitu Prof. Madya Dr. Anisah (Pensyarah di jabatan beliau).

Di antara persoalan yang telah saya ajukan kepada beliau ialah, apakah status solat ke atas wanita hamil yang mengalami situasi seperti berikut:

1. Keguguran
2. Turun darah (bleeding)
3. Pecah air ketuban
4. Kontraksi rahim

Jawapan ringkas yang dapat saya simpulkan ialah:

Keguguran:
Bagi wanita yang mengalami situasi ini, kewajipan solat ke atasnya luput dan tidak wajib digantikan solat tersebut. Ini kerana, darah yang keluar ketika gugur tersebut disamakan dengan darah wiladah (melahirkan anak).

Turun darah, pecah air ketuban dan kontraksi rahim:

Ketiga-tiga situasi ini merupakan antara tanda-tanda seseorang wanita itu sudah hampir bersalin. Walau bagaimanapun, kewajipan solat ke atas wanita yang mengalami ketiga-tiga situasi ini TIDAK LUPUT, bermakna solat wajib ditunaikan mengikut kemampuan.

Apa yang perlu dititik beratkan ialah, kebersihan sebelum menunaikan solat, di mana darah sebagai contoh, perlu dibersihkan terlebih dahulu. Darah yang keluar ini dianggap darah fasad, bukannya darah yang keluar ketika bersalin. Begitu juga dengan air ketuban.

Walau bagaimanapun, bagi kes wanita yang mengalami kontraksi rahim yang bersangatan, sehingga tidak mampu untuk menunaikan solat ketika waktunya, bolehlah digantikan solat yang terluput itu pada waktu lain, kerana ketidakmampuan ketika itu.

Solat itu tiang agama
Semoga, sedikit ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat untuk semua. Ramai di kalangan kita yang mengambil ringan soal solat, sedangkan bagi orang yang hampir meninggal dunia sekalipun, masih belum luput kewajipan solat ke atasnya. Namun, Islam memberikan rukhsah (keringanan) untuk menunaikannya berdasarkan kemampuan, sebagai contoh; solat sambil berbaring dan sebagainya.

Pengalaman menjadi penghuni wad sebanyak 2 kali ketika alahan di awal kehamilan dulu, saya melihat ramai wanita hamil, bakal-bakal ibu yang tidak menunaikan solat, dan amat menyedihkan lagi, tidak ambil kisah soal aurat. Sedangkan kebiasaan di wad (hospital kerajaan terutamanya), ada ramai lelaki ajnabi di sekitar wad tersebut.

Semoga Allah memelihara kita semua dari kealpaan yang menatijahkan dosa. Naudzubillahi min zaalik.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 2 comments: Responses to “ Hamil: Sampai Bila Wajib Solat? ”

  2. By Faiz Faiza on June 18, 2009 at 12:49 AM

    K. Bah, terujanya tgk progress meter kt slh tu...48hrs to deliver!
    biar betul ning

  3. By Najibah Mustaffa on June 18, 2009 at 9:20 AM

    Faiz, awak tengok progress meter mana ni? 28 hari lagi la due....silap tengok kot?

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar