Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Tuntutan..bukannya pilihan

Written by Najibah Mustaffa on 12:58 PM

Assalamualaikum.

Merasakan diri sejak kebelakangan ini agak sepi daripada perjuangan, saya salin semula entri yang ditulis pada Januari 2007 ke dalam blog saya ini. Mengingatkan kembali akan suatu masa dulu, saya pernah berjuang, dan hakikatnya hari ini, saya ingin terus berjuang.

Ya...perubahan hidup memerlukan saya mengambil sedikit masa untuk kembali ke gelanggang. Namun, saya tak ingin terus berlama-lama begini, bimbang semangat yang hilang, susah untuk dicari pulang.

Sungguh, di waktu ini, saya merindukan saat-saat berprogram, berusrah, dan menjalani kehidupan bersama mereka yang ingin melihat Islam di puncak tertinggi.

Ya Allah, mudahkan jalanku untuk terus menjadi 'petugas' MU.

************************************************************************************

“ Perjuangan itu satu perjalanan yang penuh dengan ujian yang akan menjelma”

Ustazah Ros Izanuri yang lebih mesra dengan panggilan Kak Teh memulakan usrah kami pada pagi itu.

Bilangan yang hadir kali ini tidak ramai, hampir menyamai jumlah biasa setiap kali usrah, tak sampai 20 orang. Muka-muka yang hadir juga adalah sama, sahabat-sahabat medic dan dental yang komited, walaupun kehidupan mereka yang masih di kampus dicengkam dengan bebanan akademik yang begitu berat. kagum saya dengan semangat mereka…

Juga antara yang lain-lainnya, warga AZ berlima – saya, wani, dijah, zue dan tipah. Najm, che’ da, kak ida, bonda, liana raja…

Semangat saya untuk menekuni dan menghayati usrah pagi ini memang luarbiasa. Mungkin kerana sudah lama kami tidak berusrah sebegini..perasaan rindu untuk bertemu sahabat-sahabat begitu mencengkam hati. Dan, bersemangat untuk mendengar pengisian dari ustazah @ kak teh.

Tajuk usrah kami pada pagi ini ialah mengenai Futhur..

“ kenapa futhur ini bahaya adik-adik?” Wajah lembut ustazah kelihatan tegas bertanya soalan. Kami diam.

“ kerana...futhur ini akan menyebabkan perubahan dalam hidup kita”. Ustazah meneruskan kata-kata..

“ bila tempat tinggal kita sudah mula berjauhan dengan sahabat-sahabat seperjuangan, bilamana kita telah berubah dari alam kampus ke alam rumahtangga, dan juga bilamana kita mula bekerja dan memperolehi gaji yang banyak…..”

Saya makin menghayati…kata ustazah, itulah situasi permulaan yang biasanya akan menjadikan seseorang ahli jamaah islam merasa lemah dalam perjuangannya..ada yang meminta izin dengan alasan untuk ‘berehat’ seketika, ada yang mengelak dari terlibat dengan perjuangan dengan bermacam-macam alasan..dan ada yang berhenti terus dari perjuangan!!...

“Bila tinggalkan jamaah islam, amalan-amalan Islam kita akan semakin berkurangan..”

Hati saya semakin gerun mendengarkannya..kisah-kisah klasik mengenai gejala futhur pada zaman Rasulullah wajar kita renungkan..

Kaab bin Malik dipulaukan oleh Rasulullah dan para sahabat kerana terlambat untuk turut serta dalam perang tabuk, lantaran terkemilau dan leka memetik buah-buahan ranum di kebunnya….

Hatib bin Abi Bat’ah juga menerima nasib yang sama, kerana tersalah menulis sepucuk surat kepada saudaranya di Kota Mekah mengkhabarkan berita tentang pembukaan Kota Mekah. Niatnya hanya satu, kerana sayang dan cinta pada kaum keluarganya di sana….

Memikirkan jalan perjuangan di hadapan, terasa ada kebimbangan yang mencengkam.

“Mampukah aku istiqamah atas jalan ini Tuhan? Aku belum dicuba, aku belum diuji. Aku masih di peringkat membawa diri sendiri, belum di uji dengan komitmen pada rumahtangga, pada harta yang melimpah ruah, juga pada kesenangan yang membahagiakan..”

Hebat ketika zaman kampus bukanlah penentu istiqamahnya seseorang di jalan perjuangan ini. Selagi mana ada keimanan dan kefahaman yang mendalam, amalan yang berterusan, dan intima’ diri dalam tanzim yang tersusun, insyaAllah…kita mampu untuk terus bersama di jalan ini.

Sahabat, Ingatkan saya andai terlupa, kejutkan saya andai terlena, pimpinlah saya andai lemah tak berdaya, bantulah saya andai tiada lagi daya upaya, untuk terus iltizam dengan jalan ini. Kerana…

Perjuangan itu satu tuntutan..bukan pilihan…

Kita bukanlah abid yang hebat amalannya, gigih memburu redha Allah di sepertiga malam..kita juga bukan hartawan yang memiliki segunung emas dan intan untuk diinfaqkan pada perjuangan..namun kita punyai tenaga dan kudrat untuk disumbang pada gerak kerja Islam.

Mudah-mudahan ada bekal mengadap Tuhan dan amal yang tidak seberapa ini tinggi nilaiannya di sisi Tuhan..

InsyaAllah.

an_nuwairah
240107 – 5.43 pm

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ Tuntutan..bukannya pilihan ”

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar