Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Today

Written by Najibah Mustaffa on 11:46 AM

Jumpa Doktor

Appointment dengan doktor pagi ni untuk confirmkan beberapa perkara:

1. FBP analysis - Keputusan tersebut tidak dapat mengesahkan samada saya menghidap alpha talassemia atau pun tidak. Kata doktor, kalau betul-betul ada alpha talassemia, keputusan FBP akan sahkan. Berdasarkan paras HB terkini, kata Doktor, Insyaallah, tiada masalah.

2. HB analysis - Normal. HB saya telah meningkat kepada 11.0.

3. Ederma - Masalah bengkak kaki dan kebas-kebas tangan yang saya alami seminggu ini adalah normal dan tidak serius. Kata doktor, BP saya ok, dan tiada tanda-tanda pre-eclampsia atau darah tinggi semasa mengandung. Cuma perlu banyak rehat dan tinggikan kedudukan kaki ketika tidur.

Dan, hari ini scan baby. So far semua OK, alhamdulillah dan berat baby terkini adalah 2.48kg. Cuma berat saya turun 1kg berbanding check-up lepas. Hmm...

Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Semoga semuanya dalam perlindungan Allah.

People Do Move On

Hari ini juga, ada jamuan perpisahan di office. Kak Zu (GS dalam gambar) akan menamatkan perkhidmatannya di sini untuk menyambung master di UKM. Menu jamuan ialah nasi lemak special dan cheese cake secret recipe.

Selamat maju jaya Kak Zu!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ Today ”

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar