Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Bila Suami Masuk Dapur

Written by Najibah Mustaffa on 6:02 PM

Sotong Damai Di Hati
Chef bertugas
Assalamualaikum

Hujung minggu Ahad di rumah yang mendamaikan. Walaupun masih terasa sakit-sakit badan gara-gara berjalan sakan semalam dari pagi sampai petang, saya gagahkan juga untuk mengurus kerja-kerja rutin harian di rumah.

Tiada mood untuk memasak, setelah hampir sebulan dapur 'tidak berasap'. Di akhir-akhir kehamilan ni, rasa jemu pada makanan makin menjadi-jadi, apatah lagi nak memasak. Setelah 'membodek' suami, akhirnya abang bersetuju untuk menjadi chef bertugas hari ni. :-)

"Nak masak ape ni?" Tanya abang dari dapur, sambil menyelongkar peti ais melihat bahan yang ada.

" Hmm...sotong goreng kunyit pun best bang...". Saya memberi cadangan, dan menerangkan satu persatu bahan yang diperlukan.

Chef memulakan tugas di dapur dengan bebelan-bebelan kecil. Saya hanya tergelak sendirian. Dalam hati terfikir, 'begini gayanya bila suami masuk dapur".

" Sotong ni macam mana nak cabut kepala dia? ". Abang menjerit dari dapur.

Saya bangun menghulurkan bantuan sambil tergelak. Terasa geli hati.

Sotong Damai Di Hati

" Erkkk..ni sotong masak ape? ". Tanya saya pada abang, setelah melihat rupa sotong masak kunyit sudah berubah menjadi resepi lain.

" Hmm..sotong damai di hati! ". Kami sama-sama tergelak. Seperti yang dijangka, abang memang kreatif mengubah resepi. Pengalaman memasak ketika bujang.

" Macam mana,? Boleh masuk Akademi 1001 Rasa ke? ". Suami meminta saya merasa resipi barunya itu. " Hmm..lulus, anda masih terselamat untuk minggu ni..". Saya meniru gaya Chef @ pengacara dalam rancangan tersebut.

Dan alhamdulillah...kami menikmati makan tengahari tadi dengan penuh berselera, masing-masing menambah!

Sesekali membahagiakan isteri

Sememangnya mengurus rumahtangga, termasuk memasak merupakan tugas dan tanggungjawab isteri. Namun, jika sesekali suami meringankan tulang untuk mengambil alih tugas isteri, sudah tentu si isteri merasa sangat dihargai.

Dan, bila bergelut dengan kepenatan di akhir-akhir kehamilan ni, tugas mengurus rumahtangga saya banyak dibantu oleh suami. Walaupun apabila suami menjemur kain tidaklah seseni seperti mana isteri, senget-senget dan 'kurang cantik' rupanya di jemuran, itu tidak menjadi masalah. Saya tidak mengharapkan kesempurnaan dari hasil kerja suami. Walaupun banyak kali saya tersenyum sendiri melihat 'gaya' abang menjempur kain dan juga melipatnya. :-)

Cukuplah bantuan dan ringan tulangnya meredakan sedikit bebanan saya dalam memastikan keadaan rumah tidak menyakitkan pandangan mata. Dan, itulah yang teramat saya hargai.

Wahai para suami, jadikanlah Rasulullah sebagai contoh, bukan sahaja sebagai 'ikon' dalam kehidupan beragama, juga dalam soal rumahtangga. Kita pernah belajar daripada sirah, bagaimana Rasulullah ringan tulang dalam membantu isteri-isteri baginda mengurus rumahtangga, baginda tetap ada masa untuk itu, meskipun di luar sana, baginda terlalu sibuk sebagai pemimpin ummat!

Mintalah secara berhikmah

Dan, si isteri, dalam mengharap bantuan suami mengurus rumahtangga bersama, mintalah bantuan secara berhikmah dan beradab. Suami ada hati yang perlu dijaga. Jangan sesekali berlagak seperti 'queen control' mengarahkan suami membuat itu dan ini.

Gunakanlah perkataan-perkataan seperti 'minta tolong' dan sebagainya. Bimbang andai dalam keghairahan kita meminta pertolongan suami dalam perkara-perkara kecil begini, si suami pula berkecil hati dengan sikap kita yang tidak beradab dalam meminta.

Renungan dan muhasabah, serta peringatan untuk saya juga. Sesungguhnya, kerukunan rumahtangga terbina atas kerjasama yang baik.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 5 comments: Responses to “ Bila Suami Masuk Dapur ”

  2. By Abu Muazz on June 23, 2009 at 11:56 AM

    Bestnya... boleh tahan gak sham ni yer... nanti dalam pantang, boleh la sham tolong bakar ikan kat najibah.

    tolong menolong, mantopkan kerukunan rumah tangga...

    teruskan...

    bila la plak nak rasa sotong damai di hati tu yer...

  3. By Najibah Mustaffa on June 23, 2009 at 12:09 PM

    Ustaz Hamidi,

    Hisham ni kalau bab masak tu boleh dikatakan Lulus lah. Ada skill memasak, cuma part nak bg masuk dapur tu kena adjust and bodek. Heheh..

    Tu dia dah plan nak beli oven, sebab masa pantang nanti nak guna untuk bakar ikan. :-)

    Alhamdulillah 'ala kulli haal. Kami ni orang baru yang sedang mengemudi bahtera rumahtangga di awal pelayaran, masih belum terkena badai...doakan kami ye ustaz..dan tegur-tegurlah apa yang perlu.

  4. By Nurul Huda on June 25, 2009 at 3:08 AM

    Hati tak damai ni...
    Ubatnya, kena makan sotong...
    Huhuuu...
    Tooloooongggg......

  5. By Nurul Huda on June 25, 2009 at 3:08 AM

    This comment has been removed by the author.

  6. By Najibah Mustaffa on June 25, 2009 at 8:50 AM

    Che Da,

    Kenapa agaknya hati tak damai tu yek? Jemputlah berkunjung ke Kuantan, damaikan hati dengan makan sotong...:-)

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar