Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Siiru 'ala barakatillah...

Written by Najibah Mustaffa on 1:49 PM

Assalamualaikum.

Tiada yang lebih membahagiakan selain berada di samping yang tersayang. Berkumpul dengan ahli keluarga benar-benar menjadi pengubat rindu. Mendengar gelak ketawa, kerapkali tangisan anak-anak saudara ketika bergaduh sesama sendiri, menjadi terapi buat diri. Pulang ke kampung waktu cuti sekolah kali ini, menghadiahkan saya satu perasaan yang sangat bahagia. Sudah lama kami sekeluarga tidak berkumpul begini, lantaran faktor masa dan jarak yang membataskan.

Keluarga itu aset. Sering dalam doa, saya pohon pada Allah, agar sentiasa memelihara ikatan kekeluargaan kami. Bimbang renggang kerana beredarnya masa.

Bacaan Yaasin dan Doa Selamat

Jumaat, 5 Jun 2009: Majlis bacaan yaasin dan doa selamat, dan juga usrah bersama muslimat qariah diadakan selepas solat Jumaat. Mudah-mudahan berkat dan redha Allah menaungi kami sekeluarga, dan dipermudahkan proses saya bersalin nanti. Amin.

Antara intipati usrah yang disampaikan oleh Mak Long, ibu saudara saya merangkap wakil ketua muslimat ialah tentang keberkatan dalam hidup, nikmat syurga dan azab neraka, dan juga peranan ibu sebagai pendidik anak di zaman yang penuh pancaroba ini.

Selamat Hari Lahir sayang...

Selamat Hari Lahir pertama buat kedua-dua anak saudara saya, Muhammad Irsyad Fahmi dan Abdul Wafi yang jatuh pada 15 Mei dan 5 Jun 2009.
Juga Abang Long (Muhammad Hakimin), anak abang yang sulung - ulangtahun kelahiran ke -8 pada 6 Jun 2009. Semoga membesar dalam iman dan islam.



Bahagia juga melihat ayah sihat, mungkin kepulangan anak-anak yang berkumpul ramai-ramai, dengan anak cucu menjadi terapi buatnya.

Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga

Kepada sahabat kami ketika di Jabatan Syariah dan Undang-undang dulu, Ahmad Rosidi dan isterinya Faizah. Siiru 'ala barakatillah! Suami seronok bertemu sahabat-sahabat baiknya di kenduri Rosidi. Kualiti gambar kurang memuaskan kerana photographer adalah adik saya yang berusia 10 tahun! :-)
Juga kepada Zainal Abidin Ahmad, teman seperjuangan dalam PMIUM dulu. Zainal tiada dalam gambar kerana sewaktu saya tiba di kenduri rumah pengantin perempuan, beliau belum sampai. Bergambar dengan isterinya je lah. :-)

Abang dan Ku Mohd Yusri, sahabatnya (juga satu batch dengan kami di UM) yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan orang Kijal, Kemaman. Kami singgah selepas sehari kenduri mereka. :-)

Sahabat yang memancarkan..

" Disini, kita pernah bertemu...mencari warna seindah pelangi, ketika kau menghulurkan tanganmu, membawaku ke daerah yang baru..dan hidupku kini ceria..."

Ukhuwwah kami masih seperti dulu, malah bertambah manis. Hairin dan Nizam berkunjung ke Kuantan atas urusan kerja, dan kami bertemu malam tadi di restoran ikan bakar, Tanjung Lumpur.

Terima kasih Hairin kerana meminjamkan saya nota yang dicatat sepanjang kelas antenatal sewaktu beliau mengandungkan Muaz untuk saya baca dan amalkan. Terasa macam nak exam pulak. Dan juga doa selusuh untuk diamalkan. Membaca nota yang segar dengan ruh Islam mengingatkan saya, selain kecanggihan perubatan, kita tidak lepas dari pergantungan dengan Allah, Tuhan yang menciptakan.

Terima kasih kerana tidak jemu-jemu memberi kata nasihat dan ingatan, serta panduan sebelum saya bergelar ibu.

Alhamdulillah 'ala kulli haal. Ya Allah, dakaplah kami sentiasa dengan kasih-sayangMU yang tidak pernah bertepi.




Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 4 comments: Responses to “ Siiru 'ala barakatillah... ”

  2. By IeNa on June 8, 2009 at 6:30 PM

    oo my dear sis najibah,

    Kak zurin ni...dah nak bersalin dah yer?

    Alhamdulillah, maaf tak dapat hadir ke walimah, akak sdg berpantang di rumah selepas melahirkan baby on 14 october 2008.

    semoga kelahiran dipermudahkan k!

    Keep in touch! :)

  3. By Najibah Mustaffa on June 9, 2009 at 8:34 AM

    Kak Zurin!

    Miss u much sis. Insyaallah, a month to go! thanks atas doa. mesti anak akak comel, macam akak gak..:-)

    Keep in touch..

  4. By IeNa on June 11, 2009 at 5:32 PM

    Hehe..comel2..so bersalin nanti di mana?

    kalau datang KL, jemput dtg umah k kat Kajang :)

  5. By Najibah Mustaffa on June 17, 2009 at 1:56 PM

    Kak Zurin,

    Insyaallah, nanti bersalin kat HTAA Kuantan. Lepas tu baru balik berpantang kat umah mak, terengganu.

    Insyaallah, nanti ada masa dan peluang gi Kl, saya contact akak ye.

    Take care!

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar