Kita Layak Diuji
Written by Najibah Mustaffa on 12:41 PMHari ini check-up bagi minggu ke-40 kehamilan. 'Overdue' nampaknya menjadi kenyataan. Namun, saya tenang-tenang sahaja. Mungkin kerana seawal pagi ketika menunggu giliran, saya mohon tenang dan kekuatan daripada Allah, sambil bibir mengalunkan ma'thurat dan zikir doa nabi yunus.
Ya. Menanti detik bersalin bagi kehamilan pertama seperti saya memang mencemaskan. Macam-macam terlintas di fikiran. Namun, menginsafi bahawa selagi bergelar manusia, kita layak diuji oleh Allah yang maha kaya, hati saya tenang. Bukankah di sebalik ujian itu ada 1001 hikmah dan pengajaran bagi mereka yang beriman?
Seperti yang dijangka, bayi kami masih belum turun (engage) walaupun kedudukan sudah berada di posisi yang betul (cephalic). Pemeriksaan degup jantung, placenta (uri), amniotic fluid (air ketuban) dan lain-lain... alhamdulillah, semuanya normal. Bayi kami nampaknya masih seronok berulit di alam rahim. Dalam takdir Allah, belum sampai masanya untuk dia menjengah dunia.
Saya meminta kepastian daripada doktor apakah yang menyebabkan bayi masih belum engage? Kata Dr. Najah, biasanya disebabkan masalah saiz bayi yang besar atau ibu tidak cukup tinggi di mana kepala bayi tidak boleh masuk dalam ruang pelvik ibu. Walau bagaimanapun, ketinggian saya adalah normal dan berat bayi dianggarkan dalam 2.8 kg sahaja. Tiada masalah di situ.
EDD baru ialah pada 22 Julai 2009. Sekiranya sampai tempoh tersebut masih belum bersalin, saya terpaksa 'menyerah diri' untuk Induction of Labor (IOL). Harapan untuk bersalin normal masih ada (sudah pasti c-sect, forcep dan vacuum bukan pilihan saya), melainkan jika berlaku sebarang komplikasi pada ibu dan bayi ketika di labor room nanti.
Saya dan suami masih berharap bayi kami ini keluar sebelum tarikh tersebut. Ya, terlalu berharap. Dan seiring dengan pengharapan itu, kami berusaha apa yang terdaya. Solat hajat, membaca zikir dan doa tertentu dan diusap pada perut, terus berkomunikasi dengan si kecil ini, banyakkan berjalan, posisi rukuk dan sujud, selain hati yang bulat pengharapan pada Allah, juga keyakinan bahawa DIA tidak akan mensia-siakan doa hamba-NYA yang meminta.
Namun, dalam hati kecil juga diletakkan sedikit ruang, andai selepas berusaha, Allah mentakdirkan bayi kami tidak lahir secara normal, redha dan berlapang dada itu lah yang sebaiknya.
Cuma, saya terus memohon kekuatan agar dipermudahkan segalanya. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Hanya Dia yang maha mengetahui kelemahan saya, dan semoga saya tidak diuji dengan apa yang saya tidak mampu ketika berdepan dengan saat itu nanti.
Doakan saya.
14 Julai 2009
Kuantan, Pahang
7 comments: Responses to “ Kita Layak Diuji ”
By Hairin Herlina Abdul Halim on July 15, 2009 at 1:56 PM
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..
Apa yang pasti, kalian perlu yakin bahawa ketentuan Allah adalah yang terbaik..:)
Insyaallah tak lama lagi Aqilah akan menjengah dunia ini..
By Hairin Herlina Abdul Halim on July 15, 2009 at 1:56 PM
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..
Apa yang pasti, kalian perlu yakin bahawa ketentuan Allah adalah yang terbaik..:)
Insyaallah tak lama lagi Aqilah akan menjengah dunia ini..
By Anonymous on July 15, 2009 at 2:41 PM
Assalamualaikum...
saya 2 orang anak pesen overdue..y sulung 10 ari yang ke-2 2 ari...banyakkan baca doa dari surah as-saf ayat 13 kalu xsilap saya...NASRUM MINALLAHI WA FATHUN QORIIB,WA BASYYIRIL MUKMININ...TLG CHECK SEMULA LA DALAM QURAN.baca n usap perut ikut arah jam..erm,alhamdulillah bila amalkan ayat tu 'Jln'terbuka...xperlu di induce...saya doakan jibah selamat bersalin...0139402644.(saya xdok no br awak)-Rusni
By zulwaqar on July 16, 2009 at 9:45 AM
najibah n hisam
tq for your regards.
bagitahu hisam supaya solat hajat sebelum masuk labour room.
pastikan suami ada di sisi semasa mengalami kesakitan,
mungkin akan datang sakit 8 minit sekali dan berterusan ke seterusnya sehingga tiada minit lagi.
Hebatnya seorang ibu!
By Nurul Huda on July 16, 2009 at 7:13 PM
salam...dear fren..
Allah sedang berbicara tentang erti sabar dan yakin dengan kalian...
Jgn putus asa dgn rahmat dan pertolongan Allah...
Hikmahnya akan difahami nnti..
By Anonymous on July 17, 2009 at 12:36 AM
salam
Dik, akak doakan awak selamat semuanya...Shifa' dulu 10 hari lewatnya..pertolongan Allah sungguh dekat bagi hamba yang mengharap! percayalah!
Ayat 1000 dinar pasti jadi amalanmu..teruskanlah!Kami sekeluarga doakan dari sini...
Ummushifa'& Abushifa' & Kak Long Amiratushifa'...
Sg Merab, Kajang.
By Najibah Mustaffa on July 17, 2009 at 1:30 PM
To Hairin:
Thanks. Atas doa dan motivasi. :-)
To Rusni:
Welcome to my blog! Terujanya...hm, insyaallah, saya pun dah amalkan yg awak bg tu. mudah2an...Thanks ye.
To Mubaligh (Ustaz Waqar):
Insyaallah, dah sampaikan pesan enta pada Hisham. Syukran atas doa.
To Huda:
Ya. Kami yakin ada hikmah atas sedikit ujian dipermulaan untuk bergelar ibu dan ayah. Syukran che' da. :-)
To Ummu Shifa' (Kak Ein):
Thanks Kak Ein, rasa tenang sangat baca komen akak. Alhamdulillah, Allah masih mengirim tenang buat kami di sini. Terima kasih atas doa. Salam kami buat abu shifa'.