Syawal Pertama Bertiga
Written by Najibah Mustaffa on 9:54 AMKeluarga besar sebelah mertua..memang gamat!!
Berhari raya dengan kakak dan anak-anak saudara di Terengganu
Assalamualaikum w.b.tBerhari raya dengan kakak dan anak-anak saudara di Terengganu
Hari ini sudah 13 Syawal. Mood Aidilfitri masih belum surut dan di ofis hari ni, ada jamuan hari raya (pot-luck). Saya masak rendang ayam. Lucunya, tengah memasak subuh tadi, tiba-tiba gas habis. Hmm..apa lagi, guna rice-cooker la. Alhamdulillah, masak pun.
Tahun ini, Syawal pertama saya berhari raya sebagai seorang isteri sekaligus bergelar ibu. Memang seronok dan banyak sangat perbezaannya jika nak dibandingkan ketika zaman bujang. Persiapan hari raya ala kadar sahaja sebab ketika itu saya masih berpantang. Kuih raya 100% home-made di mana chefnya adalah suami tersayang. Saya tukang tengok dan rasa je. Komen family di Terengganu dan Jengka tentang 5 jenis kuih raya yang abang buat tu..’not bad!’. Abang, tahun depan boleh lah ambil order..:-)
Baju raya? Saya beli je di BTM (Butik Tradisional Melayu). Alhamdulillah, dapat sama colour dengan baju melayu abang. Aqilah, ibu beli je di kedai pakaian bayi (tak ingat apa namanya) di ECM (East Coast Mall). Lepas tu, ada lah beli sehelai baju kemeja untuk ayah.
Dan, Syawal pertama ini kami berhari raya di Jengka, keluarga mertua. Masa awal-awal kahwin dulu (macam la dah lama kahwin..hehehehe), abang dah ‘chop’ siap-siap nak raya Jengka dulu. :-)
Saya tiada masalah. Bukankah perkahwinan ini perlu ada tolak ansur?. Saya percaya kepada kata-kata : "What you give, you get back.". Meskipun ada rasa sedikit kelainan di pagi Syawal sebab tidak bersama dengan family di Terengganu, yang dah menjadi kebiasaan sejak kecil. Saya berjaya tidak menangis di pagi raya, walaupun abang asyik menyanyi lagu "...duhai bonda..duhai ayahanda...dengarlah rayuan anakanda yang jauh di mata..." Huhu..
Raya di Jengka ada perbezaannya dengan Terengganu. Dari sudut menu @ juadah di pagi raya, lebih kurang sama – ada rendang, nasi impit, tapai…dan yang lain sikit sebab mak masak soto. Kalau di Terengganu, biasanya juadah utama adalah makanan berat iaitu nasi. Biasanya nasi minyak, nasi dagang, nasi beriani etc.
Dan yang ada di Jengka tapi takde di Terengganu ialah bara’an (abang, betul ke eja macam ni?) iaitu kaum lelaki dan kanak-kanak, sejurus pulang dari solat sunat Aidilfitri di masjid akan berhari raya dari rumah ke rumah sampailah habis satu blok. Rumah mak merupakan rumah pertama yang diserbu. Geli hati tengok gelagat kanak-kanak yang sanggup tak makan sebab abang pasang vcd Geng Pengembaraan Bermula (Upin & Ipin). Khusyuk tengok TV. Hehehe…
Hmm, lagi satu…perang mercun sangatlah hebat (tak pasti orang Jengka 11 yang lain, tapi yang pastinya rumah mertua saya memang gamat!!). Dan, tekongnya adalah ayah Aqilah dan acu (bapa saudara Aqilah). Siap main balas-balas mercun lagi. Sian Aqilah, tak boleh tidur sebab bising sangat. Huhu…
Dan, raya ke – 3 kami bertolak pulang ke Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah. Jalan agak sesak dengan kenderaan, cuaca panas dan Aqilah tak senang duduk dalam kereta, menangis…panas barangkali. Mencabar jugak travel dengan anak kecil ni.
Di Terengganu, selain berhari raya ke rumah saudara – mara yang memang wajib setiap tahun, sempat juga berkunjung ke rumah Faiz Faiza di Kuala Berang. Faiz, sedap sangat nasi ulam yang ibu buat.. Dan juga rumah sahabat se-UM dulu, Kak Aqim di Rusila. Alhamdulillah, di rumah Kak Aqim sempat bertemu dengan Wan Nor Saiedah dan dua orang anaknya, Naziatul yang tengah pregnant 5 bulan dan Rusni & Shukri serta anak-anak. Seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan lama. Sempat juga ke rumah Rosidi di Padang Air dan kenduri Sarah (kawan ketika di SMA Marang) di Marang. Hampir 12 tahun tak jumpa dia. Alhamdulillah.
Aqilah beraya sakan, erkkk..sebenarnya ikut ibu dan ayah yang beraya. Hehehe..banyak duit raya Aqilah dapat. Alhamdulillah. Duit Aqilah ibu simpan dalam bank. Tak nak guna duit anak, sebab kata Hairin, tu amanah. :-)
Dan, 7 syawal (sabtu) kami bertolak pulang ke Kuantan. Sebab abang ada undangan kenduri di Kuantan, dan 8 Syawal (Ahad), kami menerima kunjungan dari tetamu istimewa – Ustaz Nazri Chik, Kak Maisarah dan Najiyya. Pertemuan sebelum mereka sekeluarga berhijrah ke Dubai. Alhamdulillah, kami sekeluarga sangat berbahagia menerima kedatangan mereka, mudah-mudahan menambah berkat dan rahmat buat kami sekeluarga dengan kehadiran tetamu, meskipun sangat penat ,mengemas rumah dan memasak. Mujurlah ada assistant yang sangat rajin dan excellent dalam mengemas rumah. Thanks abang. :-)
Syawal 1430. Bertambah lagi kantung pengalaman. Syukur pada-Mu ya Allah, atas anugerah dia sebagai pendamping hidup dan si manis Nur Aqilah, yang menjadi terapi buat ibu. Kalian membahagiakan! Kekalkanlah nikmat ini buat kami, dan panjangkanlah kebahagiaan ini dalam diri kami. Ami ya rabb.
13 Syawal 1430
Kuantan, Pahang
1 comments: Responses to “ Syawal Pertama Bertiga ”
By Hisham on October 2, 2009 at 11:13 AM
Pembetulan :
1. Bara'an tidak perlu dieja dengan menambah tanda koma di atas. Cukup dengan menulis 'baraan' dan sebutannya adalah seperti pada perkataan kendeRAAN.
2. Tidak ada perang mercun. Hanya gurau senda bermain bunga api sahaja.
3. Tekong adalah bukan seperti nama yang dinyatakan. Beliau hanya bertindak sebagai pembantu jemputan.