Ulangtahun Pertama
Written by Najibah Mustaffa on 6:03 PMTitik tidak membuat tinta
Tapi tinta membuat titik
Cantik tidak membuat cinta
Tetapi cinta membuat cantik.
Kalau tinta membuat titik
Lukiskan saya garis yang lurus
Walaupun cinta membuat cantik
Manakan sama hati yang tulus.
(Nisah Harun)
Selasih berkait daun berduri
Susun sepuluh di tepi pelita
Kasih tuan hamba syukuri
Ibarat penyuluh di malam gelita.
Gubahan melati sulaman kekwa
Mari dibawa bersama kendi
Belahan hati untaian jiwa
Moga bahagia kekal abadi
(Hisham Ahmad)
Tapi tinta membuat titik
Cantik tidak membuat cinta
Tetapi cinta membuat cantik.
Kalau tinta membuat titik
Lukiskan saya garis yang lurus
Walaupun cinta membuat cantik
Manakan sama hati yang tulus.
(Nisah Harun)
Selasih berkait daun berduri
Susun sepuluh di tepi pelita
Kasih tuan hamba syukuri
Ibarat penyuluh di malam gelita.
Gubahan melati sulaman kekwa
Mari dibawa bersama kendi
Belahan hati untaian jiwa
Moga bahagia kekal abadi
(Hisham Ahmad)
Pertama kali membaca surat tertulis pantun ini, yang diterima bersama sekeping kad yang dibuat sendiri oleh suami, coklat dan handphone Blueberry CSL sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang pertama...saya menangis. Entah mengapa, tangisan yang menghimpun pelbagai rasa. Rasa bahagia dan syukur seorang isteri.
17 Syawal 1430. Rumahtangga ini bagaikan baru semalam dibina. Masih terasa debarnya menunggu kalimah qabul abang dalam ijab yang dilafazkan tok kadi. Masih terasa sejuknya tangan kali pertama bersalaman dengan suami. Rupanya sudah setahun kami melayari rumahtangga ini.
Syukur pada-Mu Ya Allah atas nikmat terindah ini. Menyatukan kami sebagai suami isteri, melimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah sepanjang perjalanan kami melaksanakan amanah perkahwinan ini, dan menghadirkan dia - Nur Aqilah si permata hati dalam hidup kami.
Hanya doa dipanjatkan pada Allah, agar kami sentiasa diberi petunjuk dalam melayari rumahtangga ini berpandukan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Agar kami diberi kekuatan untuk mengharungi segala ujian dalam melaksanakan amanah perkahwinan ini...mudah-mudahan rumahtangga kami ini berkat.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Wahai pemilik cinta..yang menghadiahkan rasa cinta dan bahagia dalam hati kami ini. Dengan cinta kami ini..sampaikanlah kami ke syurga-Mu yang abadi. Mudah-mudahan bercintanya kami di dunia ini, bercinta juga di syurga nanti.
Amin. Doakan kami.
1 comments: Responses to “ Ulangtahun Pertama ”
By Lilas Conuts on November 4, 2009 at 6:22 PM
Hello from Nouméa