Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Growth Spurt (Beralih Bulan)

Written by Najibah Mustaffa on 11:09 AM

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Aqilah sudah menginjak usia 3 bulan 3 minggu, 2 hari. Lagi 5 hari nak masuk 4 bulan.

Aqilah setakat ini:
- Pandai meniarap, sudah semakin expert
- Suka menjerit kuat-kuat kalau lambat angkat ataupun bagi susu
- Suka pandang ayah lama-lama, mungkin dengan harapan agar ayah memulakan sesi vokal secepat mungkin.
- Suka sangat kalau ibu dan ayah bernasyid.
- Sudah semakin selesa bila diurut lepas mandi
- Masih buat syif malam, tapi semakin baik..tak lah sampai 2-3 pagi.
- Suka hisap jari dan main dengan tangan
- Bulatkan mata bila diletakkan objek-objek terang (seperti Lennie dan Momo nya, juga buku alphabet dan bantal kecil yang ada abjad)
-Kenal orang. Kalau orang lain selain ibu, ayah, pengasuh, dia akan cebikkan muka, menangis.

Dan, 2-3 hari ni, Aqilah sedikit meragam. Tak nak duduk atas tilam, asyik menangis kalau tak ada orang layan dia, nak berdukung je. Dan, menyusu lebih kuat dari biasa. Susu yang dibekalkan kepada pengasuh (lebih kurang 15 oz) tak cukup. Ibu tambah ke 18-20 0z.

Mungkin dia sedang mengalami Growth Spurt (Beralih Bulan). Jadi, ibu dan ayah tak perlu stress. Sebab itu adalah milestone dia dalam tempoh membesar.

Tentang Growth Spurt boleh dibaca di sini:

Ketika Growth Spurt, Bayi Menyusu Lebih Dari Biasa

Forum: Bayi Beralih Bulan

** Terfikir untuk dapatkan supplemen. Pasca bersalin, rasa badan cepat penat, pening. Sementelah lagi sibuk dengan anak. Ada cadangan?

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 1 comments: Responses to “ Growth Spurt (Beralih Bulan) ”

  2. By zaza@mamaHanin on December 4, 2009 at 10:11 AM

    jib.. skrg amik ubat apa? ader bnyk produk yg boleh kuatkan badan nih.. dan sesuai utk ibu menyusu.. kena amik jugak, sbb kita baru bersalin, nyusu plak.. keja g.. keja tu umah n ofis tau.. mmg letih, badan plak bukannya leh lasak sgt.. zaza ader amek nasihat dr org2 lama, katanya badan kita kena selalu panas, sbb urat '9bulan' tu masih tak brapa pulih.. survey la ubat kg or tonic dari produk2 islam kita.. such as salindah or others.. dulu zaza stat makan salindah, tp papepun base pada badan org la.. takut xsesuai lak.. or amik ramuan kg, makjun or rempah ratus yg mmg tak efek penyususan.. kena rajin survey,, ader gak petua minum air kunyit.. ibu kunyit direbus ngan manjakani, tapi minum sekali-dua kali seminggu.. wallahu'alam...

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar