Wajah Baru, Mood Baru
Written by Najibah Mustaffa on 4:43 PMAssalamualaikum
Alhamdulillah, setelah sejak sekian lama memujuk Encik Suami untuk ubah template blog, akhirnya blog ini berwajah baru. Terima kasih, syukran, thanks. =)
Semoga mood untuk terus menulis tidak akan padam, walaupun menulis isinya yang entah apa-apa. Apatah lagi, akhir-akhir ini banyak entri adalah berkaitan anak dan penyusuan ibu (saya sangat teruja!). Sebab itulah dunia saya setiap hari. Entri yang ditulis hanyalah untuk berkongsi apa yang saya dapat, apa yang saya rasa.
Dan sungguh terharu bila ada yang respon dengan SMS, facebook, kata baca blog saya, dan tanya lebih lanjut tentang beberapa perkara terutamanya tentang penyusuan ibu. Rupanya ada silent reader. Alhamdulillah. Moga ada manfaatnya untuk semua.
** Saya bukan kaunselor laktasi, saya hanya suka baca, cari maklumat tentang bayi, penyusuan ibu dan tulis semula dalam bahasa saya ke dalam blog ni. =)
Designer blog saya..=)
0 comments: Responses to “ Wajah Baru, Mood Baru ”