Hati Kata Rindu
Written by Najibah Mustaffa on 4:54 PMSungguh,
Kala ini..saya rindu untuk berusrah
Saya rindu untuk mendengar ceramah
Saya rindu untuk berhalaqah bicara tentang ummah
Saya rindu untuk berprogram
Saya tak ingin hidup ini berlalu begitu sahaja
Ya,
suami dan anak, juga keluarga adalah keutamaan saya
Tanggungjawab dan amanah yang tidak berbelah bagi
Namun,
Saya tetap rindu pada suatu ketika dulu
Saya pernah di gelanggang itu.
Terlontar di tempat baru
Sebegini lama saya mencari tapak untuk kembali
Ya Allah,
Mudahkanlah hasrat ini.
Untuk hidup berbakti.
Dan, setiap detik hidup ini dalam amalan jua.
5 comments: Responses to “ Hati Kata Rindu ”
By Ninie on November 17, 2009 at 3:10 AM
Amin..InsyaAllah..
By Mas on November 17, 2009 at 8:04 AM
Kak Bah dah masuk fasa lain, doakan kami plak ye...=)
By syuhada' on November 17, 2009 at 9:47 AM
akak..adda pon rindu saat tu..huhu..bolehkah kita mnjadi seperti dulu..
By honey744 on November 29, 2009 at 1:37 PM
Salam
ada kelapangan, carilah dan pergilah usrah muslimat. dalam keadaan berkeluarga, membawa anak menyertai usrah adalah perkara biasa. anak pun akan ditarbiyah dengan usrah dan program yg kita ikuti.
jangan jadikan anak sebagai alasan 'susahlah, ada anak kecil' seperti kebanyakan orang. kerana sebenarnya anak ikut acuan ibu bapa yang mendidik mereka.
kalau kata susah, jadilah susah. boleh. jibah boleh berusrah dan berprogram. walaupun situasinya lain dari masa bujang2 dulu.
By Najibah Mustaffa on December 1, 2009 at 4:16 PM
Mas: Insyaallah..=)
Syuhada: Yup, kita perlu mulakan semula
Kak Hanifah: Syukran atas tawjihat kak..insyaallah, semangat yg hilang dicari pulang!