Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

S.I.B.U.K

Written by Najibah Mustaffa on 10:29 AM

Assalamualaikum.

Setiap hari teringin sangat nak update blog. Banyak yang nak ditulis. Tapi kekangan masa dan keutamaan lain membuatkan hasrat untuk menulis ditangguhkan buat seketika.

Saya agak sibuk dengan kerja. Pelajar akan menghadapi final exam hujung bulan ni. Dan, saya agak kelam-kabut semester ini untuk menghabiskan to-do-list yang panjang berjela: mengejar silibus bagi 4 subjek, marking paper ujian 3 yang berakhir minggu lepas tapi masih belum sempat ditanda, menguruskan hal-hal pelajar yang menjadi 'anak PA' saya terutama bagi pra pendaftaran semester depan dan simulasi serta target final exam, juga dengan mesyuarat pensyarah yang agak kerap di akhir-akhir ini.

Kelam-kabut mungkin kerana saya bercuti 2 bulan di awal semester kerana maternity leave, hanya masuk bekerja di pertengahan semester, dan semester ini pertambahan 1 subjek yang perlu diajar menjadikan total jam kredit yang perlu diajar adalah 16 jam seminggu.

Saya dan suami juga sibuk dalam urusan survey rumah. Kami berkira-kira untuk beli rumah, hasrat di hati mahu dalam waktu terdekat. Memandangkan rumah sewa yang kami duduki sekarang kurang selesa bagi kami untuk menerima kehadiran keluarga dan sahabat handai. Saya sebenarnya sangat seronok kalau ada orang nak datang rumah. =). Dan, minggu lepas kami sudah survey rumah teres 2 tingkat di Bandar Damansara Kuantan, dan kami berpuas hati dari sudut harga, keluasan rumah, design rumah yang agak cantik dan moden, 4 bilik, 3 bilik air. Namun, masih survey rumah area lain, kalau-kalau ada yang lebih baik. Tak mengapa ambil masa yang lama untuk urusan pencarian dan pembelian rumah, sebab saya kira inilah pelaburan terbesar kami dalam hidup. Jadi, kena buat betul-betul. Doakan urusan kami dipermudahkan..Bukankah ada kediaman yang bagus adalah sumber bahagia dan menenangkan hati? =)

Dan, semestinya malam-malam saya sibuk dengan si kecil Nur Aqilah yang sudah pandai menjerit, tak boleh ditinggalkan main berseorangan, nak berdukung, nak bersembang. Kalau fikir penat, memang kami suami-isteri akan stress. Namun, bila memikirkan si anak yang tentunya ingin bermanja setelah seharian tidak bersama kami sewaktu kami keluar bekerja, hati lunak. Layan sahajalah karenah si anak yang sedang membesar ini. Hati seorang ibu, tidak ingin si anak merasa kehilangan. Nak diharapkan kasih-sayang dan sentuhan mesra daripada pengasuh di siang hari, sudah tentu berbeza dengan ibu sendiri.

Dan, sibuk dan penat ini sedikit-sebanyak menjejaskan production susu. Rasa sedih tengok stok susu dalam peti ais yang makin berkurang. Suami sentiasa ingatkan, "jangan stress..nanti makin effect...".

Hmm...saya kena belajar mengurus tekanan dan kepenatan. Bukan mudah nak jadi ibu yang hebat bukan? Yang mampu membahagiakan ahli keluarganya.

** Setiap hari berusaha untuk menjadi anak, isteri dan ibu terbaik. Segala kekurangan cuba diperbaiki. Bukan untuk apa, bukan untuk sesiapa, hanya mendamba redha dan syurga Allah. Amin.



Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 2 comments: Responses to “ S.I.B.U.K ”

  2. By Faiz Faiza on November 20, 2009 at 2:10 PM

    Teringin nk jln2 jenguk aqilah d kuantan.
    Apakan daya, baru tkial2 beli tiket blk kg utk raya haji setelah kali terakhir pulang ialah syawal lepas. Eish...anak yg 'baik' betul! aduuu

  3. By Najibah Mustaffa on December 1, 2009 at 4:15 PM

    Faiz, k bah dalam proses beli rumah. insyallah, nanti dah pindah rumah baru, bolehlah faiz dan budak2 Az datang umah kak bah..rindu kat semua!

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar