Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

I was MC yesterday

Written by Najibah Mustaffa on 1:43 PM

" Abis la, dah start alahan. Nanti nak balik kuantan pun abang kena datang ambik. " Respons abang bila saya cakap saya MC, sebab pening kepala dan loya yang tidak membolehkan saya untuk drive ke ofis. Kali ini, bertambah lagi 2 jenis ubat untuk ditelan. 1 ubat untuk pening dan muntah (dah ada 2 jenis dari 2 klinik berlainan) dan tablet calcium. Saya sengaja minta calcium sebab saya alah pada susu. Bau pun tak boleh.

Huhu, saya berdoa alahan ini tak teruk. Hari ni, kepala masih pusing, kalau tak kerana saya perlu menemuduga calon untuk new recruitment jam 9 pagi ini, dan ada meeting penting yang perlu dihadiri, confirm saya sambung MC. Semalam pun nurse siap tanya, nak MC berapa hari. Apakan daya, saya masih seorang 'acting manager' (tak best ponnnn..).

Ya Allah, jadikanlah sakit ini penebus dosa.

SMS tazkirah abang malam tadi (qadha' usrah online kami yang dah beberapa malam takde...)

" Ish, camne nak jadi isteri pejuang ni? Srikandi dulu siap baling batu bila suami balik dari perang sebab sangka larikan diri, nasib baik Rasulullah membenarkan tindakan sahabat..."

Aduss..terasanya! Terlalu jauh nak sampai maqam tu. Aku insan dalam perubahan, terlalu jauh dari kesempurnaan.

Golden Quotes

Written by Najibah Mustaffa on 5:03 PM

Living a healthy, happy and full life is basic aspirations of all of us. Here, some motivational adages as a source of strength to read on.

" One of the great pleasures of life is doing the things that others say you cannot do. "
" You could do great things if you weren't so busy doing little things. "
" Happiness is not something you find - it's something you create. "
" Be ready for an opportunity when you see it. If your ship doesn't come in - swim out to it!."
" If you make an effort to change your attitude, life can be very different. "

Hopefully, it will alter our outlook and lead us to the process of continuous self-improvement and enrichment of our life.

Shariah Compliance Audit: Apa alasan untuk kita sambil lewa?

Written by Najibah Mustaffa on 1:41 PM

11 November 2008 , IBFIM

Ini kali kedua saya menghadiri kursus anjuran IBFIM (http://www.ibfim.com.my/). Kali pertama, kursus berkenaan ‘Introduction to Risk Management in Islamic Financial Institutions : Shariah Compliance Perspective’ pada 5-6 Ogos 2008. Antara pembentangnya ketika itu ialah:

1. En. Badrul Hisham Mohd Salleh (EXIM Bank)
2. En. Abdul Razak Yaakob (IBFIM)
3. Ustaz Haji Mohd Nazri Chik (BIMB)
4. En. Nor Shahrizan Sulaiman (BIMB)

Dan, sebagai kesinambungan, kursus kali ini yang dibentangkan sepenuhnya oleh En. Abdul Razak Yaakob (IBFIM) menekankan beberapa topik penting yang saya rasakan cukup menarik, antaranya:

1. Audit Risks and Process
2. Introduction to Shariah Concept, Sources to Shariah Codes on Islamic Civil Law
3. The Concept of Riba and Gharar – Main Auditable Areas and Issues
4. Concepts and Products in Islamic Banking – Other Main Auditable Areas and Issues
5. Issues and Challenges Towards Shariah Compliance

Meskipun sebelum ini saya pernah menghadiri Workshop on Shariah Compliance and Audit anjuran CERT, kursus yang hampir sama, namun kursus anjuran IBFIM ini lebih menepati objektif saya, iaitu penerangan diberikan mencakupi semua peringkat peserta yang hadir iaitu daripada bank, takaful, fund management, Shariah advisors dan ahli akademik. Syabas kepada IBFIM.

Pengalaman berharga bila dapat berdiskusi (ketika tea-break) bersama dua orang penasihat syariah daripada Amana Takaful Sri Lanka, Mr. Mursheed dan Mr. Rizwemufthi. Antara isu yang dibincangkan ialah berkaitan struktur wakalah sebagai model operasi takaful, isu underwriting surplus dan audit.

Industri kewangan Islam hari ini masih kurang pelapis. Orang muda seperti saya ini pula masih kurang ilmu. Sesuatu perlu difikirkan dan diusahakan untuk mengatasi masalah ini.

Dalam kursus kali ini, yang berambut merah dan berskirt pendek lebih ramai dari mereka yang bertudung litup. Melihat kesungguhan non – muslim (kebanyakan terlibat sebagai auditor) yang berusaha untuk memahami terma-terma syariah dan keperluan elemen ‘shariah compliant’ dalam operasi harian perbankan Islam atau takaful, saya tercabar. Mereka tekun dengan ilmu. Walaupun kedengaran agak ‘telo’ atau janggal apabila mereka menyebut istilah-istilah arab seperti Mudharabah, Ju’alah, Musyarakah Mutanaqisah, Wa’ad dan sebagainya. Paling kurang, mereka berusaha!

Apa pula alasan kita orang Islam untuk sambil lewa?

Menekuni Hikmah Sebuah Perkahwinan

Written by Najibah Mustaffa on 12:00 PM

Aqad yang disempurnakan oleh suami telah menjadikan saya seorang isteri, menantu, ipar dan ahli baru dalam keluarga suami. Sebulan yang berlalu, dalam tempoh penyesuaian diri dengan tanggungjawab dan amanah yang bertambah, hati ini terus menekuni hikmah di sebalik sebuah perkahwinan, berlandaskan syariat dan bersendikan adat.

Syukur seorang isteri

Begini rasanya apabila telah sempurna sebahagian agama. Bersolat jemaah dengan suami menghadirkan tenang yang sukar diucapkan. Hati mudah diulit khusyuk.

Dan, berdepan dengan tanggungjawab baru bukan mudah. Zaman bujang dan berkeluarga jauh berbeza. Tanggungjawab dan tugas sebagai suri rumahtangga berganda. Memasak, membasuh, mengemas dan pelbagai lagi tugas menjadi rutin sepanjang 2 minggu bercuti selepas kenduri.

“Setiap Detik Dalam Percintaan”

“ Setiap detik dalam percintaan “. Tagline baru saya selepas berkahwin bila ditanya oleh sahabat-sahabat, terutama teman Anjung Zahra’ bagaimana rasanya setelah berumahtangga. Rasa ingin tergelak bila tagline tersebut diulang-ulang, dan dijadikan modal untuk mengusik saya dan suami.

Tag itu bukanlah bermaksud ‘gedik’ atau mengada-ngada, tapi sebagai manifestasi indahnya bercinta selepas kahwin. Pertemuan saya dengan suami sudah lama, kami satu kuliah ketika di UM, namun tidak pernah bertegur sapa. Pasca graduasi, kami bertemu kembali dan tidak lama selepas itu, mengikat janji untuk mendirikan istana kasih yang diredhai Ilahi.

Ketika tempoh setahun pertunangan, fokus kami hanyalah untuk mengenali keluarga masing-masing, berjumpa pun sekali sekala atas urusan, itu pun bersama keluarga dan sudah pasti, faktor jarak dan komunikasi yang terbatas (kami yang membataskannya) tidak memungkinkan kami untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat.

Tunang saya (ketika itu) di Kuantan, dan saya di Kuala Lumpur. Tidak timbul istilah ‘bercinta’ sepanjang tempoh pertunangan kami. Yang ada hanyalah doa yang sentiasa kejap dalam hati, dalam setiap munajat pada Allah agar dipermudahkan urusan perkahwinan kami dan diberkati.

Dan hanya setelah sempurna aqad, sah diijabkabulkan sebagai suami – isteri, kami seperti dalam tempoh orientasi. Baru saling ingin kenal mengenali antara satu sama lain. Dan inilah yang saya maksudkan ‘setiap detik dalam percintaan’. Segalanya bermula hanya selepas kahwin.

Alhamdulillah, syukur kami pada Allah, atas batasan dan pantang larang yang digariskan sebelum berkahwin, rupanya memaknakan erti perkahwinan ini.

Kasih mereka tetap di hati

Sekalipun berkahwin, kasih pada ibu dan ayah tetap tak berubah. Mungkin cuma situasi sahaja yang tidak lagi seperti dulu. Saya cuba memahami perasaan kedua ibu bapa yang mungkin masih ‘berat hati’ melepaskan anak mereka ini ke pangkuan seorang yang bergelar suami.

Getar suara mereka di hujung corong telefon mengiyakan perkara ini. Jika dulu, setiap bulan pasti saya akan pulang ke kampung, tapi kini mungkin tidak lagi sekerap itu. Kampung saya sudah bertambah!

Dalam tempoh penyesuaian ini, saya perlu banyak belajar dan bersabar. Seringkali mengingatkan pada diri, jangan lepas dari pergantungan dengan Allah. Masih banyak yang perlu ditempuh.

Pertemuan Menyubur Ukhuwwah

Ucapan terima kasih dan penghargaan saya dan suami kepada semua sahabat dan kenalan yang sudi hadir meraikan hari bersejarah kami, sama ada di Marang, Terengganu ataupun Jengka, Pahang. Ada yang sejak sekian lama tak bertemu, majlis ini melerai rindu. Syukur pada Allah atas nikmat ukhuwwah dan pertemuan ini.

Buat sahabat-sahabat akrab dari ‘rumah ajaib’ Anjung Zahra’ (bak kata ummu), Rena dan Shahid yang paling awal sampai ke rumah saya, menyiapkan hiasan bilik pengantin, Mas, Ummu, Wani, Faiz, Hana, Hikmah, Huda, Ina Senior dan Nor. Jasa kalian dalam membantu kak bah dalam banyak perkara sangat-sangat dihargai. Tak terucap dengan perkataan betapa terharunya diri ini bila melihat wajah-wajah manis ini, yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk meraikan majlis perkahwinan saya.

Juga khusus kepada Zurina, yang sanggup mengambil cuti dan datang daripada Johor Bharu.

Istimewa buat pengantin baru, Khadijah. Terima kasih kerana memenuhi undangan. Us. Ramadhan, terima kasih kerana mengizinkan isteri yang baru seminggu dikahwini untuk bermusafir ke Terengganu menyaksikan detik ana diijabkabulkan. Semoga Allah melimpahkan mawaddah wa rahmah dalam rumahtangga kalian berdua.

Buat yang hadir di Marang,

1. Marliana dan Suami dari KL
2. Kak Jid, Suami & anak yang cute dari Dungun, Terengganu
3. Aimi Nabihah – anak usrah saya ketika di UM dulu datang bersama adiknya
4. Kak Ani – Pengarah NISA’ Terengganu
5. Mat Ayob, Isteri dan anak – Sahabat satu batch di UM yang kini menjadi tauke kedai emas 6. Syukri, Rusni dan anak mereka – sahabat seperjuangan di UM
7. Hairin & Nizam – sahabat paling istimewa dari KL
8. Mastura dan Us. Hairudin (Abuya) – sahabat seperjuangan di UM, Mas, ana hargai kesungguhan enti untuk datang kenduri ana walaupun enti sedang sarat mengandung...
9. Kak Aqim, sahabat dari SMKA Sheikh Abdul Malik dan UM
10. Sahabat-sahabat Jabatan Syariah dan Undang-undang, APIUMKL - Rahmat, Naimah, Zaidi dari Nilai, Negeri Sembilan, Jaamat, Nordin
11. Heri; juga sahabat suami saya yang turut sama hadir.

Buat yang hadir di Jengka,

1. Sahabat Nisa’ Malaysia, Kak Mas, Kak Yder, Kak Affaf, dan kehadiran istimewa Mak Zah @ Ustazah Azizah – mantan Ketua DMPP dan anak beliau, Teh
2. Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh, ’tok guru’ saya ketika di UM hadir bersama keluarga beliau dari KL
3. Nazirah Alias @ Achik – teman seperjuangan di UM bersama adik beliau
4. Saifudin dan Adree – teman sepejabat
5. Ustaz Nazri Chik, Kak Mai dan Najiyya yang comel – kehadiran yang sangat dinanti.
6. Ustaz Azmi dan Kak Kilah – teman seperjuangan di UM
7. Rosidi, sahabat JSU yang datang dari Terengganu
8. Che’ Da, K. Teh, Mama Jiah dan K. Intan dari KL
9. Azlina Nekman, junior saya di UM dari Jerantut hadir bersama suami beliau sebagai tetamu paling akhir
10. Juga sahabat-sahabat suami yang saya memerlukan sedikit masa untuk menghafal nama-nama dan mengenali mereka. J

Hadiah dan Rezeki

Teringat sebuah hadis qudsi yang mafhumnya, barangsiapa yang berkahwin kerana Allah, dijamin rezekinya. Alhamdulillah, rezeki selepas berumahtangga datang mencurah-curah. Hadiah daripada sahabat handai dan saudara mara datang dalam complete set untuk kami memulakan hidup baru.

Rice cooker, water purifying, toaster, table fan, dinner set, vacuum cleaner, tea set, drink set, comforter, set periuk, pengukus, cermin, jam dinding, buku, album gambar, kain pasang, kain batik, kain pelikat dan pelbagai hadiah lagi.

Terima kasih atas segalanya. Doakan kami sentiasa dalam keberkatan, dilapangkan urusan dan dimurahkan rezeki.


Najibah
Petaling Jaya
17 Nov 2008

Weekend di Kuantan!

Written by Najibah Mustaffa on 11:01 AM

Minggu ni mengulangi rutin. Balik Kuantan. Budak-budak rumah mesti pelik tengok saya excited nak balik sana. Hmm, rabitah suami – isteri ni susah nak ungkap dengan kata-kata. Bagi mereka yang telah berkahwin, tentu lebih memahami.

Sepanjang dalam bas, mata tak boleh lelap walaupun badan penat. Bas bertolak jam 5.30 petang dan sampai 9.30 malam. Bukan waktu yang sesuai untuk tidur. Membaca? Saya pantang membaca dalam bas, sebab akan pening dan rasa nak muntah.

Bosan. Mata melirik jam di tangan. Terasa begitu lambat masa bergerak.

Teringat masih belum membaca Ma’thurat, sebab tadi tergesa-gesa keluar dari ofis. Mulut terkumat kamit membaca zikrullah yang menjadi makanan harian itu, istighfar dan selawat ke atas nabi. Zikir itu makanan jiwa.

Jam menunjukkan 7.15 malam. Tertanya-tanya bas akan berhenti di mana, untuk solat maghrib. Abang call, ” masih di Temerloh”. Bas berhenti di R & R Temerloh. Bergegas turun, solat. Tak nak makan, walaupun perut berkeroncong, sebab dah janji nak makan dengan abang.

Jam 8 malam, bas kembali menyambung perjalanan. 1 jam 30 minit lagi baru sampai. Argh, bosannya. Mendengar lagu2 daripada handset untuk mengisi kebosanan. Kali ini, turn untuk hafal dan hayati lagu ”ayat-ayat cinta”.

”Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud ”


Sungguh mendalam maknanya. Walau sehebat mana cinta kita pada manusia, ketika mengadap Allah di dalam solat, cinta itu harus beralih kepada yang maha Esa. Muhasabah buat diri.

Exit Gambang, abang call lagi. “setengah jam lagi sampai “.

Sabtu (15 Nov), Klinik Asmara Annur, Kuantan

” Awak mengandung 5 minggu..” Dr. Mengesahkan. Alhamdulillah, walaupun saya dan abang sudah mengetahuinya melalui keputusan pregancy test 3 hari lalu.

Kami memperbanyak syukur. Ini rezeki dari Allah, cahayamata pelengkap rumahtangga yang baru kami bina ini. Semoga janin yang membesar dalam rahim ini sentiasa dalam jagaan dan perlindungan Allah.

Rasa mual dan loya makin menjadi-jadi. Tapi alhamdulillah, saya masih boleh memasak. Spaghetti, scramble egg + baked beans, sup ayam, menu kami sepanjang dua hari tersebut. Tapi selepas makan, saya akan pening dan perlu berbaring. Tak banyak kerja rumah yang boleh dibuat.

Sempat lagi bersiar-siar di Pantai Teluk Cempedak, walaupun dalam hujan dan berpayung!

Ahad (16 Nov)

Bas saya ke KL jam 5.30 petang nanti. Selepas solat asar, airmata tumpah. Walaupun cuba untuk tabah. Di ketika berbadan dua, berjauhan dengan suami mengundang pelbagai rasa dalam hati saya.

Ketika tangan khusyuk mengaminkan doa yang dibaca suami seusai solat asar, saya mohon kekuatan daripada Allah. Saya dan dia, juga cahayamata kami yang sedang membesar dalam kandungan ini mudah-mudahan sentiasa dalam jagaan Tuhan.

Sampai KL lewat, 10.15 malam. Bas berhenti di Pekeliling, sesak dan memualkan. Melihat ragam manusia KL yang pelbagai. Saya kepenatan yang teramat sangat. Lapar. Sampai di AZ, makan dan tidur. Jam 3.37 pagi baru bangun membersihkan diri, dan kembali menyambung tidur.

Minggu ini cepatlah berakhir!. Dan rutin yang memenatkan ini juga mudah-mudahan berakhir.

Ya Allah, mudahkanlah urusan kami. Hanya Engkau yang mengerti hati.

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar