Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Us @ KL, 3-5 Oktober 2009

Written by Najibah Mustaffa on 4:25 PM

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama nak post gambar sewaktu kami sekeluarga ke KL tempohari (sebab abang ada mesyuarat di Putrajaya dan sekali harung menghadiri kenduri sahabat), tapi asyik tertangguh.

Biarlah lambat, asal selamat..(eh, macam tak kena je...).

Kenduri Mohd Fauzi Uzir di Bandar Tun Razak, 3 Oktober 2009

Bersama sahabat sekelas ketika di UM dulu, Cik Multazimah (tengah) dan Puan Hairin. Aqilah tertidur keletihan.

Gathering bekas pelajar Jabatan Syariah dan Undang-undang, bersama pasangan masing-masing =)

Bermalam di Putrajaya
Ini kali ke-2 kami menumpang teduh di rumah rahmat & naimah (presint 14). Aqilah dan abang irfan. Kenapa Aqilah senyum malu-malu?? Hmmm..

Mini Gathering di Rumah Mastura & Ustaz Khairudin, Seri Kembangan
Abang Muaz meriba Aqilah. Ibu rasa happy sangat tengok gambar ni, nampak sifat keabangan muaz.. Dah ready nak ada adik tu..=)

Again, abang Muaz dan kak hana (anak tuan rumah) menjalankan tugas sebagai abang dan kakak, jaga adik-adik mereka yang masih kecik..=)
Indahnya perasaan sesekali berkumpul begini...

Bermalam di rumah Khadijah & Ustaz Ramadhan, Taman Puncak Jalil.
Aqilah menumpang lena di tilam kekanda Nur Fatimah.
Tinggal kenangan: Pertemuan pertama dan terakhir Nur Aqilah dan kekanda Nur Fatimah. Pasti Nur Fatimah sedang berbahagia di alam sana. Menanti saat dan ketikanya, di pertemukan semula dengan mama dan baba, serta seluruh ahli keluarga di alam Syurga. Amin.

p/s: Gambar ini diambil 19 hari sebelum Nur Fatimah pergi...Al-Fatihah.

Saya dan Penyusuan Ibu

Written by Najibah Mustaffa on 2:00 PM

Nur Aqilah sudah berusia 3 bulan 4 hari. Selama tempoh itulah dia mendapat haknya iaitu susu ibu, susu terbaik di dunia. Syukur padaMU ya Allah, kerana masih lagi mengurniakan nikmat ini buat kami berdua. Dan, semoga Allah memanjangkan nikmat ini buat kami berdua kerana saya berhasrat untuk menyusu sehingga Nur Aqilah 2 tahun. Insyaallah.

Setiap hari, saya akan surf laman web berkaitan penyusuan ibu, terutama bagi ibu bekerjaya (working mummy) sebab nak tambah ilmu tentang BF ni. Saya yakin bahawa ilmu penting dalam menjayakan BF. Dan, sudah pasti dengan sokongan suami, saya terasa lebih bersemangat untuk komited dengan BF. Memang BF tak susah, tapi bukan mudah. Suami yang tidak miss belikan majalah Pa & Ma setiap bulan, dia pun turut sama buat ‘research’ di internet tentang BF, dan dialah yang ‘lecture’ saya tentang konsep ‘supply and demand’ dalam memastikan production susu ibu meningkat, dan dialah ‘reminder’ saya di rumah – ingatkan saya untuk berdisiplin dengan jadual mengepam (sebab saya kadang-kadang culas mengepam bila dah penat). Alhamdulillah. Credit to him.

Dan, suami yang cadangkan supaya share je apa yang saya dapat dari 'penjelajahan' di alam maya tentang BF ni dalam blog (selain share dengan suami je everything about BF). Mula-mula tu saya segan nak share, sebab bukan ada ilmu sangat pun, baru-baru belajar..jauh lagi nak jadi pakar laktasi. =), tapi apa salahnya berkongsi kan? Sharing is caring..=).

Cerita tentang Medela Swing
Dah 2 minggu saya menggunakan Medela Swing. Alhamdulillah, daripada stok susu zero, saya sudah boleh menyimpan stok. Production susu juga meningkat di mana saya boleh menyediakan 7-8 botol sehari dengan jumlah setiap satunya dalam 2-3 oz. Jumlah stok ini bergantung kepada tahap kerajinan saya mengepam. Kalau rajin dan konsisten, banyaklah stok. Kalau malas melanda…terpaksalah berpuas hati dengan 4-5 botol sahaja. (Teruja dengan Puan Farah – pemilik Sarakids yang boleh buat stok sehingga 16 botol setiap hari, dan setiap botol mengandungi 4 oz!!).

So far, komen saya tentang Medela Swing adalah VERY OK (se ‘OK’ harganya lah…) atas sebab:

1. Ada 2 phase (stimulation & expression). Stimulation itu yang best sebab ia penting untuk ‘let-down reflex’.
2. Motornya ringan dan tidak bising.
3. Peralatan / perkakasan yang sangat minima (untuk dibasuh, keringkan, pasang semula).
4. Boleh guna elektrik dan bateri. Ni sangat penting bagi saya ketika mengepam di tempat kerja, saya akan gunakan bateri sebab ragu-ragu untuk menggunakan elektrik kolej sebab ia bukan hak kita yang boleh digunakan untuk tujuan peribadi.
p/s: kecut perut bila Medela Swing ni terjatuh sekali. Nasib baik tak rosak, kalau tak…..(sedihnya..)

Storage
Peti ais bahagian atas hampir penuh dengan stok susu. Sekarang ini saya menggunakan botol Safety Plus dan bekas dadih yang kecik-kecik tu bagi tujuan penyimpanan. Rasanya nak beli storage bag lah. Jimat ruang.

Soya Tambahkan Susu Ibu
Hasil bacaan di internet, saya jumpa tips untuk tambahkan susu ibu dengan soya. Sekarang saya minum Melilea Organic Soy. Alhamdulillah, pengeluaran susu meningkat. Dan, tambahan lagi, soya boleh menjadi alternatif kepada susu lembu (yang penting untuk kalsium etc) sebab saya alah kepada sebarang susu. Anmum Lacta yang suami belikan sejurus selepas bersalin sehingga sekarang masih ada, tidak berusik.=).

Melilea Organic Soy ni boleh didapati di mana-mana stokis Melilea dan juga boleh dibeli secara online. Dijual dengan harga RM15.90 satu paket. Sekarang saya sudah beli 5 paket. Cepat je habis sebab rasanya SEDAP!! =), di minum setiap pagi dan malam.

Tak Susah Tapi Bukan Mudah
Leceh? Ya. Memang leceh bagi ibu yang bekerja untuk meneruskan BF. Sebab selain kena beli pam (especially pam mahal):
1. Kena patuh dengan jadual mengepam, iaitu sekurang-kurangnya 3 jam sekali ketika di tempat kerja.
2. Penyimpanan susu ibu yang agak komplikated. (Make sure berapa jam je boleh tahan dengan suhu bilik, peti bawah, peti atas)
3. Proses pencairan dan pemanasan susu sebelum diberikan pada bayi.
4. Ibu kena jaga pemakanan dan minum air yang banyak untuk bantu tingkatkan pengeluaran susu ibu.
5. Kena fikir buat stok susu
6. Etc..
Tapi, semua tu takkan jadi masalah jika sudah menjadi rutin.

Dan saya, sedang mula mendisiplinkan diri dengan rutin tersebut. Hmm..bagi merealisasikan BF, setiap hari saya menggalas 3 beg ke tempat kerja. Beg tangan (semestinya), beg berisi laptop yang berat dan beg penyusuan (pandai-pandai je bagi nama..) yang diisi cooler bag lengkap dengan ice-pack dan storage bottle, beg Medela Swing dan susu soya Melilea sebagai bekal. Memang berat dan leceh bawa banyak barang ke tempat kerja. Tapi, inilah pengorbanan seorang ibu untuk beri yang terbaik buat anaknya.

Ok ,itu saja. Cerita lain menyusul kemudian.

** Setiap kali pandang wajah Nur Aqilah, saya perbaharui niat untuk menyusukan dia selama mungkin (kalau mampu sehingga usianya 2 tahun). Semoga Allah permudahkan.




Sahabat, Kita Berkongsi Rasa

Written by Najibah Mustaffa on 10:40 AM

Sepanjang malam, entah berapa kali saya terjaga. Antara lena dan jaga, emosi saya terganggu. Seakan tidak percaya, Nur Fatimah sudah pergi meninggalkan kita. Dalam suram cahaya di tengah malam, saya menatap wajah anakanda Nur Aqilah yang sedang nyenyak tidur. Hibanya hati mengenangkan tidur malam Khadijah kini tanpa Nur Fatimah di sisi. Oh..sukarnya.

Memang saya emosi. Kerana saya dan Khadijah sudah terlalu lama berkongsi rasa. Sepertimana dia yang melalui saat perit ketika melahirkan Nur Fatimah, melalui tempoh berpantang yang sukar, menjalani hidup yang sudah tiada masa rehat apabila bersama si kecil yang acapkali meragam tidak mahu tidur malam...saya juga merasainya!

Itu saya, seorang ibu yang penuh emosi. Kesedihan saya hanya sekelumit cuma berbanding kesedihan yang ditanggung oleh Khadijah dan Ramadhan. Namun, tabah mereka saya kira lebih hebat daripada kita yang memandang.

Saya gagahkan jua diri di pagi Jumaat ini untuk bertanya khabar Khadijah melalui SMS.

" Salam dijah, awak apa khabar?". Ringkas. Saya tidak tahu apa yang harus diucapkan.

Dan, bergenang airmata saya menerima balasan SMS daripada beliau.

"
Terima kasih pada sahabat-sahabat yang tak putus-putus doa dan bertanya khabar selama ini. Alhamdulillah, saya dan suami dapat menerima dengan redha kehilangan puteri kesayangan kami yang tentunya milik Allah jua. Itu yang terbaik buat Nur Fatimah dunia dan akhiratnya. Terima kasih kerana kami semakin mengenal erti sahabat." -Ramadhan Fitri & Khadijah

Sahabat, sabar dan redha kalian cerminan iman.

Saya membalas SMS beliau, dengan airmata yang menitis:

"Dijah dan Ramadhan, sabar kalian cerminan iman. Andai kami di tempat kalian, belum tentu hati seteguh itu. Bukan mudah untuk bersabar atas ujian sepahit ini. Imbalan Syurga di pengakhiran nanti. Merelakan pemergian dia yang dikasihi. Nur Fatimah pergi dengan tenang, menjadi syafaat buat mama dan baba di perhitungan mahsyar nanti, menanti kalian dengan wajah berseri. Dijah, saya sentiasa di sisi awak, untuk berkongsi segala-galanya macam dulu. Dari jauh saya berkongsi emosi dengan awak, turut merasai apa yang awak rasa. Kerana kita ibarat satu jasad yang berkongsi rasa. Perginya Nur Fatimah dari mata kita, namun dia tetap hidup dalam hati kita."

Tenanglah sahabat. Sepertimana tenangnya Nur Fatimah kini di sisi Tuhan. Berakhir sudah deritanya. Tinggal kita yang menanti tibanya masa yang ditentukan Tuhan buat kita, untuk kembali kepadaNYA.

Salam sayang buat sahabat yang terlalu dekat di hati. Berteguhlah.



Nur Fatimah, Perginya Bersama Cinta

Written by Najibah Mustaffa on 11:58 AM

9 bulan 'bersahabat' sejak di alam rahim, hanya 3 bulan 18 hari bersahabat di alam dunia.
Saya merindui pertemuan ini.

Usai solat subuh kira-kira jam 5.50 pagi ini, hati saya terdetik teringatkan Nur Fatimah. Terasa ingin menghantar SMS kepada Khadijah bertanyakan perkembangan. Namun saya tangguhkan kerana Nur Aqilah terjaga untuk menyusu. Kepenatan hampir 2 minggu tidur sekitar jam 1-2 pagi membuatkan saya terlena sekali bersama Nur Aqilah.

“ Salam. Putri kami, Nur Fatimah telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 6.20 pagi tadi – Ramadhan Fitri & Khadijah “.

Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un.
Rupa-rupanya ingatan saya pada Nur Fatimah di subuh hari menjadi salam terakhir dia buat saya. Mungkin ketika itu, dia sudah dalam perjalanan menuju Allah.

Berita yang diterima benar-benar menggoncang rasa. Walaupun sudah menjangkakan begitu akhirnya penderitaan Nur Fatimah, sejak doktor mengesahkan bahawa otaknya mengalami kecederaan yang serius dan kadar mortaliti yang rendah. Dan, apabila 2-3 hari sebelum ini Khadijah memaklumkan bahawa degupan jantung dan tekanan darah Nur Fatimah semakin merosot.

Saya tidak mampu menahan airmata yang mengalir. Menatap wajah Nur Aqilah menambah rasa sedih dan sebak yang bertandang.

KHABAR YANG MENGANGGU EMOSI
" Kak Bah, NF (Nur Fatimah) di hospital. Tadi tiba-tiba nangis kuat dan terus lemah."

Longlai saya membaca SMS yang diterima daripada Khadijah tengahari itu. Dan malam itu, saya menerima SMS lagi daripada Khadijah yang mengatakan Nur Fatimah telah dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya kerana tidak boleh bernafas.

Selama dua minggu dia terlantar di hospital, selama itulah emosi saya terganggu. Hampir saban waktu teringatkan Nur Fatimah. Dan, dalam setiap solat saya, tidak putus doa dan harapan buat si comel ini. Hampir saya setiap hari saya bertanyakan khabar Nur Fatimah daripada mamanya.

Ada harinya, keadaan Nur Fatimah membimbangkan. Ada juga harinya, berita yang datang sedikit melegakan. Antara kebimbangan untuk menerima hakikat sebuah pemergian nanti, saya tetap tidak putus doa dan harapan. Masih munajat pada Tuhan, agar disembuhkan permata hati sahabat akrab ini, agar dia kembali mengukir senyuman paling manis buat mama dan babanya.

Namun, doa kami akhirnya dijawab Allah dengan berita pemergiannya. Itulah yang terbaik buat dirinya.


BERAKHIRNYA SEBUAH PERKONGSIAN

Nur Aqilah dan Nur Fatimah sebaya. Nur Fatimah menjengah dunia 18 hari lebih awal daripada Nur Aqilah. Kehadiran mereka berdua yang mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang terjalin antara kami sejak 10 tahun.

Bermula ketika kami sama-sama disahkan mengandung, di saat-saat akhir ketika hampir bersalin, dalam tempoh berpantang, perkongsian kami segala-galanya tentang permata hati kami ini. Hampir setiap hari, siang dan malam.

“NF”, ringkasan kepada Nur Fatimah digunakan ketika kami berhubung melalui SMS. Terlalu banyak kenangan saya dan Nur Fatimah. Apatah lagi kami sekeluarga baru sahaja bertemu Nur Fatimah 3 hari sebelum dia dimasukkan ke hospital, ketika kami tumpang bermalam di rumah Ustaz Ramadhan & Khadijah tempohari.

Masih terbayang keletah Nur Fatimah, kuatnya dia mengangkat kepala, gelak-tawa kami suami isteri melihat Ustaz Ramadhan ‘bersembang’ dengan Nur Fatimah. Kata saya pada Khadijah, Nur Fatimah nanti akan jadi macam baba, pandai berceramah.

“ Fatimah nanti jadi penceramah jangan tabarruj tau!”. Kata saya sambil memeluk Nur Fatimah.

Khadijah hanya tersenyum. Senyuman bahagia seorang isteri dan mama yang baru menyambut ulangtahun pertama perkahwinan mereka pada 12 Oktober yang lalu.

PUNCA YANG MASIH MISTERI
Sehingga kini, cause of death Nur Fatimah masih menjadi misteri. Kesan gegaran yang menyebabkan kecederaan serius pada otaknya masih belum dapat ditentukan dari mana datangnya, di mana dan bagaimana. Ada yang membuat andaian mengatakan itu kecuaian pihak nurseri, namun Khadijah menafikannya.

Kata beliau pada saya beberapa hari yang lalu, pemilik nurseri beberapa kali datang melawat Nur Fatimah dan beliau bersumpah bahawa tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kepada Nur Fatimah sepanjang di nurseri.

“Shaken Baby Syndrome” juga boleh menjadi punca gegaran otak, di atas sebab yang pelbagai.

GALAU HATI SEORANG IBU
Kata Khadijah, mereka suami isteri tidak perasan bahawa sebelum kejadian, Nur Fatimah agak pasif, kurang minat menyusu dan kadangkala menangis dan merengek-rengek. Bagi ibu yang pertama kali menimang cahaya mata, sudah tentu perubahan ini kadang-kadang tidak disedari.

Sejak Nur Fatimah sakit, hati saya tidak senang. Saya menjadi ‘tidak yakin’ meninggalkan Nur Aqilah di rumah pengasuh. Bimbangkan Nur Aqilah yang tidur dalam buaian, bimbang berlakunya “Shaken Baby Syndrome”, bimbang tentang segala-galanya.

Namun, kata Khadijah lewat perbualan kami di corong telefon beberapa hari yang lalu:

“ Hantar nurseri ke, pengasuh ke, atau dalam jagaan sendiri, musibah boleh berlaku di mana-mana. Yang penting kena tawakkal. Yang jaga dia adalah Allah..”

Antara sifat Khadijah yang sangat saya kagumi. Berlapang dada dalam setiap urusan.

YA ALLAH, KIRIMKAN KETABAHAN BUAT MEREKA
Nur Fatimah telah pergi menuju Ilahi. Dan, dia sudah tentu berbahagia bersama bidadari-bidadari Syurga yang bersiap sedia menanti kehadirannya.

Sehingga saat ini, saya masih belum kuat untuk berkata apa-apa pada Khadijah. Bimbang tidak mampu mengawal emosi. Hanya doa yang dapat diteruskan, sepertimana kelaziman saya sejak Nur Fatimah sakit. Semoga Allah mengirimkan kekuatan dan ketabahan buat mereka sekeluarga.

Saya tahu dan cukup mengenali Khadijah, seorang insan yang sangat sabar dan tenang. Di sebalik kesedihan yang mencengkam rasa, saya tahu dia dan suami redha dengan ketentuan Ilahi ini. MMS yang dihantar oleh Kak Mastura pagi tadi, gambar Khadijah sedang membacakan yasin di sisi tubuh Nur Fatimah yang terbujur kaku, dapat saya rasakan ketenangan Khadijah. Tenangnya sepertimana menyambut berita pemergian ayah beliau, seminggu selepas majlis pertunangan beliau dan Ustaz Ramadhan.

SYURGA ITU TERLALU MAHAL HARGANYA
Di kala ini, saya menginsafi hebatnya ujian yang diberikan Allah buat mereka. Mengimani bahawa kita ini hanya di taraf hamba yang sentiasa layak diuji. Bukan mudah bersabar atas ujian sepahit ini. Benarlah Syurga itu terlalu mahal harganya.

Ya Allah, pinta kami padaMu, Tuhan sekalian alam, bukan untuk dikecilkan ujian yang bertandang, namun cukuplah dibesarkan jiwa untuk menghadapinya dengan iman.

HIKMAH DI SEBALIK KEPAHITAN
Segala yang berlaku pasti ada hikmah. Namun hanya jiwa yang sabar dan redha sahaja dapat melihat hikmah itu dari kacamata orang yang beriman.

Sejak Nur Fatimah dimasukkan wad, medan Facebook, blog, emel, SMS dijadikan penghubung kepada ramai sahabat yang ada diantaranya sudah lama tidak berhubung. Semuanya ingin mengetahui perkembangan Nur Fatimah, dah saya yakin, lewat setiap sujud akhir kami dalam solat, mendoakan Nur Fatimah agar segera sembuh.

“Fatimah dah glamour macam baba!”. SMS saya pada Khadijah setiap kali menerima pertanyaan dan respon sahabat-sahabat yang begitu banyak di Facebook dan blog tentang Nur Fatimah.

“ Ha’ah, kecik-kecik lagi dah glamour..”. Balas Khadijah kepada saya.

Sekadar bergurau, dengan harapan meredakan sedikit gusar di hati Khadijah ketika itu.

NANTIKAN MAMA DAN BABA DI PINTU SYURGA.
Tidak dapat saya bayangkan air susu yang masih mengalir di badan Khadijah. Ketika Nur Fatimah sakit, Khadijah menyuarakan kerinduannya untuk menyusukan Nur Fatimah, memeluknya.

Dan, kerinduan itu akan tetap tinggal menjadi rindu yang tidak pernah padam. Hanya 3 bulan 18 hari mama dan baba sempat menumpahkan kasih buat Nur Fatimah. Pada titisan airmata yang mengalir, ada pahala yang besar daripada Allah buatmu sahabat. Tenangmu cerminan iman.

Nur Fatimah, kami merelakan pemergianmu. Pemergianmu di hari adinda Nur Aqilah genap 3 bulan. Allah yang Maha Pengasih telah mentakdirkan yang terbaik buatmu.

Nur Fatimah sayang. Pergimu bersama cinta mama dan baba, juga kami yang menyayangimu. Damailah dikau di sana. Nantikan mama dan baba di pintu Syurga. Al-Fatihah.

Wajah mulus ini akan tetap diingati dan dirindui..sampai bila-bila.

** “Aqilah, kak Fatimah dah tak ada. Ibu sedih sangat..”


22 Oktober 2009
12.04 pm
Kuantan



Nur Fatimah, Nantikan Mama dan Baba di Pintu Syurga!

Written by Najibah Mustaffa on 9:19 AM

22 Oktober 2009, 6.20 pagi: Setelah 15 hari bertarung dengan kesakitan di ICU, dia kembali bertemu Allah yang menciptakan. Dia pergi bersama cinta mama dan babanya yang baru 3 bulan 18 hari menumpahkan kasih mereka buat si permata hati. Nur Fatimah, damailah dirimu di sana. Nantikan mama dan baba di pintu Syurga! Al-Fatihah.

Didoakan Syifa' Buat Nur Fatimah

Written by Najibah Mustaffa on 11:33 AM

Nur Aqilah dan Nur Fatimah, 3 hari sebelum Nur Fatimah sakit.

Hari ini sudah 7 hari Nur Fatimah di ICU, Hospital Putrajaya. Keadaannya masih sama. Koma dan menurut doktor kritikal. Tidak banyak yang mampu kita lakukan, melainkan berdoa dan solat hajat mohon agar disembuhkan si comel ini.

Namun, doa itu bukanlah jalan terakhir. Doa itu adalah pelengkap kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh pakar perubatan untuk menyembuhkannya. Doa itu ada berkatnya. Mudah-mudahan dengan doa dan solat hajat ramai sahabat-sahabat di luar sana, Allah menyembuhkan permata hati Ustaz Ramadhan dan Khadijah ini.

Hati saya hiba. Apatah lagi bila memandang Nur Aqilah. Mereka sebaya. Saat Aqilah tersenyum memandang saya, saya terbayangkan wajah comel Nur Fatimah yang sedang sakit. Apatah lagi kami baru sahaja bertemu beberapa hari sebelum kejadian berlaku.

Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada mama dan babanya untuk berdepan dengan ujian yang menggoncang rasa ini. Kalau saya diuji begini, belum tentu mampu setenang mama Nur Fatimah.

Kata mama Nur Fatimah lewat perbualan kami di telefon:

" Hantar anak ke nurseri ke, pengasuh ke, atau dalam jagaan sendiri..musibah tetap boleh berlaku kalau Allah dah tetapkan. Yang penting, tawakkal kena tinggi pada Allah..hantar ke rumah pengasuh pun, yang 'jaga' dia adalah Allah.."
Khadijah yang memang cekal hatinya. Dan, Nur Fatimah juga sekuat mama dan babanya. Insyaallah, kami doakan kesembuhan buatmu..si manis Nur Fatimah!.

14 Oktober 2009

** Tiap kali bersembang dengan Aqilah, saya akan cakap: "Aqilah, kak Fatimah sakit..kita doakan dia ye...". Dan, airmata saya bergenang.

Akhirnya..MEDELA SWING

Written by Najibah Mustaffa on 11:44 AM

Assalamualaikum w.b.t

Setelah berminggu-minggu buat research (as usual laa..) pasal breastpump. Macam-macam brand yang masuk dalam list untuk dipertimbangkan. Avent, Spectra 3, Ameda, Medela adalah antara brand yang famous dalam market, dan hasil bacaan di internet, komen dan review pengguna kebanyakannya bagus (tidak dinafikan ada beberapa kelemahan). Memanglah, kalau 1 pam tu tak ada langsung kelemahannya, kayalah tokey tu..orang duk cari pam dia saja lah..hehehe..

Dan sesuai dengan tahap kualiti pam yang berjenama tu, harganya memanglah mahal. Tapi berbaloi. Dalam hati nekad nak beli Spectra 3 selepas di recommend oleh Dijah. Berkobar-kobar sebab harganya mampu beli RM600 lebih kurang, datang dalam satu set dengan cooler bag, ice pack, bottle storage. Tapi setelah survey beberapa butik bayi di Kuantan ni, ada kedai yang tak jual spectra 3 sebab poor service (ni masalah deal dengan supplier la..), dan out of stock.

Then, ada satu kedai ni, tokey dia suggest brand Safety Plus. Lebih mahal dari Spectra 3, spesifikasi lebih kurang macam Spectra 3 (kata tokey tu dan cari kat internet), cuma kelebihannya extra quiet as compared to Spectra 3. Tapi, kena order. Tunggu punya tunggu dah seminggu lebih, tak sampai-sampai..saya fed-up! Tak boleh tunggu lagi dah, sebab stok susu dah menyusut. Risau.

Dan akhirnya, round bandar kuantan tengahari semalam dengan abang, jumpa satu butik bayi yang baru dibuka "The Momy and Baby Place"
.

Kedai orang Melayu (ni yang best ni..). Kakak tu introduce Medela Swing. Terus terbayangkan hairin sebab dia pernah guna medela swing ni dan suggest untuk saya pun guna yang sama. Tapi harganya..MAHAL!. Oleh sebab dah penat round dan pening kepala fikir pasal pam dan stok susu yang dah susut, belilah dengan harga RM665. Tapi beli pun confident la sebab memang dah baca review pengguna kat internet tentang medela swing ni. Very OK untuk daily use dan heavy duty. (Memang plan guna setiap hari pun..)

Then, tambah dengan cooler bag, ice pack (set of 3), storage bottle (8 pcs) dan buku panduan menyusu bagi ibu bekerjaya..jadilah RM775. Memang mahal, mahal sangat (bagi saya lah..) tapi fikir ini satu pelaburan untuk cari THE BEST PUMP TO GIVE MY BABY THE BEST MILK..:-)

Semoga dengan adanya set pam yang memudahkan saya untuk menyediakan 'makanan' untuk anak saya, maka Allah juga memudahkan hasrat saya untuk menyusu Aqilah sehingga umurnya 2 tahun.

** Jangan putus asa ketika pam susu walaupun dapat produce 1-2 oz je mula-mula tu...yang penting kena teruskan mengepam. Apply konsep supply and demand. Lama-lama nanti insyaallah boleh produce banyak susu.

** Setiap hari 'cari ilmu' tentang BF. Insyaallah, banyak nak share dalam blog ni nanti. :-)

** Nanti akan share my review tentang Medela Swing ni ye. Baru guna, tak leh nak komen banyak...



Bila Aqilah Ada Masalah 'Poo' ...

Written by Najibah Mustaffa on 9:58 AM

Assalamualaikum w.b.t

Entah apa masalahnya, Aqilah jarang sangat 'poo' sejak lepas pantang hari tu. Paling lama sampai 10 hari. Saya memang risau. Kadang-kadang terfikir, sebab salah saya yang tak jaga makan ke? Tapi rasanya saya pun memilih soal makan, cuba elakkan makanan yang boleh bagi kesan tak bagus pada Aqilah.

Hasil dari pembacaan, tanya kawan, minta nasihat doktor dan macam-macam lagi, saya cuba beberapa cara secara konsisten. Oleh kerana Aqilah menyusu secara eksklusif, saya:

1. Minum air perahan asam limau nipis (3 biji) yang dicampur sedikit garam halus. Memang 'kaww' la rasanya. (Tips:Nitrah @ Kak Andak)
2. Minum jus oren (Tips: Mama Jiah)
3. Banyakkan minum air kosong. Ni untuk tambah pengeluaran susu sekali.
4. Makan buah prune (Tips: Rusni)
5. Buat senaman 'kayuh basikal' pada Aqilah. Dan dia seronok! :-) (Tips: Carian Internet)
6. Urutan 'I Love You' pada perut Aqilah. Tersengih-sengih Aqilah ibu main-main kat perut dia. (Tips: Majalah Pa & Ma)
7. Letak vicks atau minyak angin di pusat dan urut secara lembut. (Tips: Wardatul Aishah)

Banyak bukan? Kalau ada 100 cara pun, ibu sanggup buat demi Aqilah..:-)

Dan HASILNYA...Alhamdulillah, Aqilah 'poo' macam biasa dan secara semulajadi (tanpa bantuan ubat) setelah 9 hari!. Lega hati ibu.

Mungkin ibu-ibu yang ada problem yang sama, anda boleh cuba. Mudah-mudahan membantu.

Info: Tiada masalah sembelit bagi bayi yang BF sebab susu ibu mudah dihadam. So, kalau bayi tak 'poo' dalam masa beberapa hari pun, JANGAN RISAU (ni nurse pesan dan sumber bacaan internet) selagimana dia happy, perut tak kembung dan tak ada tanda-tanda lain yang bayi sakit etc.

13 Oktober 2009
10.12 am

Ulangtahun Pertama

Written by Najibah Mustaffa on 6:03 PM

Titik tidak membuat tinta
Tapi tinta membuat titik
Cantik tidak membuat cinta
Tetapi cinta membuat cantik.

Kalau tinta membuat titik
Lukiskan saya garis yang lurus
Walaupun cinta membuat cantik
Manakan sama hati yang tulus.
(Nisah Harun)

Selasih berkait daun berduri
Susun sepuluh di tepi pelita
Kasih tuan hamba syukuri
Ibarat penyuluh di malam gelita.

Gubahan melati sulaman kekwa
Mari dibawa bersama kendi
Belahan hati untaian jiwa
Moga bahagia kekal abadi
(Hisham Ahmad)

Pertama kali membaca surat tertulis pantun ini, yang diterima bersama sekeping kad yang dibuat sendiri oleh suami, coklat dan handphone Blueberry CSL sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang pertama...saya menangis. Entah mengapa, tangisan yang menghimpun pelbagai rasa. Rasa bahagia dan syukur seorang isteri.

17 Syawal 1430. Rumahtangga ini bagaikan baru semalam dibina. Masih terasa debarnya menunggu kalimah qabul abang dalam ijab yang dilafazkan tok kadi. Masih terasa sejuknya tangan kali pertama bersalaman dengan suami. Rupanya sudah setahun kami melayari rumahtangga ini.

Syukur pada-Mu Ya Allah atas nikmat terindah ini. Menyatukan kami sebagai suami isteri, melimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah sepanjang perjalanan kami melaksanakan amanah perkahwinan ini, dan menghadirkan dia - Nur Aqilah si permata hati dalam hidup kami.

Hanya doa dipanjatkan pada Allah, agar kami sentiasa diberi petunjuk dalam melayari rumahtangga ini berpandukan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Agar kami diberi kekuatan untuk mengharungi segala ujian dalam melaksanakan amanah perkahwinan ini...mudah-mudahan rumahtangga kami ini berkat.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Wahai pemilik cinta..yang menghadiahkan rasa cinta dan bahagia dalam hati kami ini. Dengan cinta kami ini..sampaikanlah kami ke syurga-Mu yang abadi. Mudah-mudahan bercintanya kami di dunia ini, bercinta juga di syurga nanti.

Amin. Doakan kami.

Untukmu yang tersayang

Written by Najibah Mustaffa on 1:32 PM

Sudah sebulan Aqilah ada problem ‘poo’. Pernah sampai 10 hari tak ‘poo’. Masa 1st time Nampak Aqilah kesakitan nak ‘poo’, saya menangis. Sedih. Kememeh betul lah ibu ni. Huhu..Tiga kali pergi klinik. Still tak OK walaupun bagi minum ubat yang doktor bagi. Dan, semalam kali ke-4 ibu dan ayah terpaksa masukkan ubat supaya dia poo.

Saya seboleh-bolehnya nak elakkan guna ubat macam tu, bimbang ada kesan pada Aqilah, lagipun dia kecik lagi. Tapi semalam desperate, sebab dia dah meragam, tak senang duduk dan kata pengasuh..sepanjang hari dia asyik menangis je.

Saya tanya ramai kawan-kawan yang pernah face dengan problem macam ni, macam-macam komen dan tips yang diberikan. Ada yang kata itu normal bagi baby yang BF secara eksklusif. Ada yang suruh bawa jumpa pakar kanak-kanak.

Ibu juga buat research (macam gaya bagus je…) kat internet. Macam-macam cadangan diberikan. Ada yang kata bagi baby minum jus buah sikit dan minum madu (ni ibu tak berani buat sebab Aqilah kecik lagi), ada yang suruh buat senaman ‘kayuh basikal’ kat Aqilah dan ada yang kata biar je…huhuhu.

Dan, kebetulanYM dengan Mama Jiah, bagi tips untuk masalah ni – blend buah oren buat jus untuk saya minum. Balik kerja singgah pasar malam nak beli oren tapi takde. So, blend dragon fruit je (yang memang dah ada kat rumah).

Alhamdulillah, hari ni, Aqilah dah kembali OK. Semalam ayah pergi Giant pun belikan buah oren dan prune untuk ibu makan. Hmmm..antara beberapa tips yang boleh dikongsi (yang saya pernah buat dan berkesan) untuk ibu yang berhadapan dengan masalah yang sama:
1. Ibu banyakkan minum jus buah. (sebelum ni ibu Aqilah liat sikit makan buah. Malas nak kupas..:D)
2. Banyakkan minum air kosong
3. Elakkan minum teh.
4. Buat senaman dan urutan pada baby (Majalah Pa & Ma ada tunjuk macamana caranya).

Dan ingatan untuk ibu, JAGA MAKAN. Apa yang ibu makan, itulah yang akan dapat kat baby. Hmm..bukan senang jaga anak kecil ni. Saya selalu cakap kat suami, jaga baby ni macam pegang kristal. “Handle with care”. Memang susah (dan boleh stress kalau tak sabar), tapi ibu sanggup buat apa sahaja…segala yang terbaik UNTUKMU YANG TERSAYANG..

Syawal Pertama Bertiga

Written by Najibah Mustaffa on 9:54 AM

Membina Keluarga Bahagia

Keluarga besar sebelah mertua..memang gamat!!

Berhari raya dengan kakak dan anak-anak saudara di Terengganu

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini sudah 13 Syawal. Mood Aidilfitri masih belum sur
ut dan di ofis hari ni, ada jamuan hari raya (pot-luck). Saya masak rendang ayam. Lucunya, tengah memasak subuh tadi, tiba-tiba gas habis. Hmm..apa lagi, guna rice-cooker la. Alhamdulillah, masak pun.

Tahun ini, Syawal pertama saya berhari raya sebagai seorang isteri sekaligus bergelar ibu. Memang seronok dan banyak sangat perbezaannya jika nak dibandingkan ketika zaman bujang. Persiapan hari raya ala kadar sahaja sebab ketika itu saya masih berpantang. Kuih raya 100% home-made di mana chefnya adalah suami tersayang. Saya tukang tengok dan rasa je. Komen family di Terengganu dan Jengka tentang 5 jenis kuih raya yang abang buat tu..’not bad!’. Abang, tahun depan boleh lah ambil order..:-)

Baju raya? Saya beli je di BTM (Butik Tradisional Melayu). Alhamdulillah, dapat sama colour dengan baju melayu abang. Aqilah, ibu beli je di kedai pakaian bayi (tak ingat apa namanya) di ECM (East Coast Mall). Lepas tu, ada lah beli sehelai baju kemeja untuk ayah.

Dan, Syawal pertama ini kami berhari raya di Jengka, keluarga mertua. Masa awal-awal kahwin dulu (macam la dah lama kahwin..hehehehe), abang dah ‘chop’ siap-siap nak raya Jengka dulu. :-)


Saya tiada masalah. Bukankah perkahwinan ini perlu ada tolak ansur?. Saya percaya kepada kata-kata : "What you give, you get back.". Meskipun ada rasa sedikit kelainan di pagi Syawal sebab tidak bersama dengan family di Terengganu, yang dah menjadi kebiasaan sejak kecil. Saya berjaya tidak menangis di pagi raya, walaupun abang asyik menyanyi lagu "...duhai bonda..duhai ayahanda...dengarlah rayuan anakanda yang jauh d
i mata..." Huhu..

Raya di Jengka ada perbezaannya dengan Terengganu. Dari sudut menu @ juadah di pagi raya, lebih kurang sama – ada rendang, nasi impit, tapai…dan yang lain sikit sebab mak masak soto. Kalau di Terengganu, biasanya juadah utama adalah makanan berat iaitu nasi. Biasanya nasi minyak, nasi dagang, nasi beriani etc.

Dan yang ada di Jengka tapi takde di Terengganu ialah bara’an (abang, betul ke eja macam ni?) iaitu kaum lelaki dan kanak-kanak, sejurus pulang dari solat sunat Aidilfitri di masjid akan berhari raya dari rumah ke rumah sampailah habis satu blok. Rumah mak merupakan rumah pertama yang diserbu. Geli hati tengok gelagat kanak-kanak yang sanggup tak makan sebab abang pasang vcd Geng Pengembaraan Bermula (Upin & Ipin). Khusyuk tengok TV. Hehehe…

Hmm, lagi satu…perang mercun sangatlah hebat (tak pasti orang Jengka 11 yang lain, tapi yang pastinya rumah mertua saya memang gamat!!). Dan, tekongnya adalah ayah Aqilah dan acu (bapa saudara Aqilah). Siap main balas-balas mercun lagi. Sian Aqilah, tak boleh tidur sebab bising sangat. Huhu…


Dan, raya ke – 3 kami bertolak pulang ke Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah. Jalan agak sesak dengan kenderaan, cuaca panas dan Aqilah tak senang duduk dalam kereta, menangis…panas barangkali. Mencabar jugak travel dengan anak kecil ni.

Di Terengganu, selain berhari raya ke rumah saudara – mara ya
ng memang wajib setiap tahun, sempat juga berkunjung ke rumah Faiz Faiza di Kuala Berang. Faiz, sedap sangat nasi ulam yang ibu buat.. Dan juga rumah sahabat se-UM dulu, Kak Aqim di Rusila. Alhamdulillah, di rumah Kak Aqim sempat bertemu dengan Wan Nor Saiedah dan dua orang anaknya, Naziatul yang tengah pregnant 5 bulan dan Rusni & Shukri serta anak-anak. Seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan lama. Sempat juga ke rumah Rosidi di Padang Air dan kenduri Sarah (kawan ketika di SMA Marang) di Marang. Hampir 12 tahun tak jumpa dia. Alhamdulillah.

Aqilah sudah pandai senyum bila di agah..:-)

Aqilah beraya sakan, erkkk..sebenarnya ikut ibu dan ayah yang beraya. Hehehe..banyak duit raya Aqilah dapat. Alhamdulillah. Duit Aqilah ibu simpan dalam bank. Tak nak guna duit anak, sebab kata Hairin, tu amanah. :-)


Dan, 7 syawal (sabtu) kami bertolak pulang ke Kuantan. Sebab abang ada undangan kenduri di Kuantan, dan 8 Syawal (Ahad), kami menerima kunjungan dari tetamu istimewa – Ustaz Nazri Chik, Kak Maisarah dan Najiyya. Pertemuan sebelum mereka sekeluarga berhijrah ke Dubai. Alhamdulillah, kami sekeluarga sangat berbahagia mene
rima kedatangan mereka, mudah-mudahan menambah berkat dan rahmat buat kami sekeluarga dengan kehadiran tetamu, meskipun sangat penat ,mengemas rumah dan memasak. Mujurlah ada assistant yang sangat rajin dan excellent dalam mengemas rumah. Thanks abang. :-)

Hidangan untuk tetamu - Nasi Ayam.

Abang, Ustaz Nazri dan Najiyya

Syawal 1430. Bertambah lagi kantung pengalaman. Syukur pada-Mu ya Allah, atas anugerah dia sebagai pendamping hidup dan si manis Nur Aqilah, yang menjadi terapi buat ibu. Kalian membahagiakan! Kekalkanlah nikmat ini buat kami, dan panjangkanlah kebahagiaan ini dalam diri kami. Ami ya rabb.

13 Syawal 1430
Kuantan, Pahang



Say YES to Breastfeeding!

Written by Najibah Mustaffa on 1:37 PM

Teruja! Ya..saya sangat teruja tentang penemuan baru hampir setiap hari tentang kebaikan penyusuan ibu. Baru bergelar ibu, saya akui SANGAT kurang ilmu dan info tentang BF ni. Yang saya tahu hanyalah BF memang bagus.

Atas sifat ingin tahu dan keinginan yang sangat mendalam untuk BF Aqilah sehingga umurnya 2 tahun, setiap hari saya surf internet cari info tentang BF. Teknik BF yang betul, EBM bagi ibu bekerja, milk storage, cara untuk pastikan supply susu sentiasa ada, penyusuan dalam Islam.

Huh!! Saya memang sangat excited. Dan, ada satu blog yang best dan banyak info berguna sedang saya layari ialah SARAKIDS. Bagi ibu-ibu yang komited dengan BF, anda pasti dapat banyak maklumat baru dari blog ni.

Selain internet surfing, majalah Pa & Ma juga menjadi bacaan wajib saya setiap bulan untuk memastikan hasrat saya untuk BF tercapai. Alhamdulillah, suami juga support dan tidak miss belikan Pa & Ma setiap bulan. Thanks! :-)

Sekarang saya tengah survey pam susu yang terbaik. Ada beberapa brand yang disyorkan, antaranya AVENT, SPECTRA 3 dan MEDELA, dan saya masih membuat research dan survey to choose yang mana terbaik. Walaupun mahal, saya tak rasa rugi sebab ia sangat berguna untuk saya supply makanan terbaik untuk anak saya. Meskipun ada yang mencadangkan TIDAK PERLU beli pam, saya rasa ia TETAP PERLU dalam keadaan saya bekerja. Saya perlukan 1 complete set pump (termasuk untuk storage) ketika saya mengepam di pejabat, dan yang penting ianya efektif, praktikal dan memastikan saya disiplin dalam mengepam untuk elakkan low milk supply.

Kenapa nak beli auto pump? Jawapannya, saya sedang guna manual pump jenama Pureen. Hasilnya not bad tapi penat. Dan, bila bekerja dalam keadaan saya mengejar masa + penat, gunakan manual pump menyebabkan saya give-up dan fed-up. Tambahan lagi, kualitinya kurang bagus (pam sudah berbunyi kriok kriek…).

Saya sudah mula faham HIKMAH yang tersembunyi disebalik saranan penyusuan dalam Islam. Kenapa Allah sebut tentang penyusuan dalam al-Qur’an. Dan, saya akan terus cari info tentang BF dan insyaallah akan dikongsi dalam blog ini. Semoga Allah memudahkan saya untuk meneruskan hasrat ini. Demi dia si permata hati. Segala yang terbaik untuknya.

Say YES to Breastfeeding!. :-)

1 Oktober 2009
Kuantan, Pahang


Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar