Saya dan Facebook
Written by Najibah Mustaffa on 2:50 PMAssalamualaikum
Saya masih lagi sibuk dengan tugasan di kolej. Masih ada 1 subjek yang belum ditanda, assignment secara individu pelajar saya yang berjumlah 72 orang untuk ditanda, borang markah penilaian pencapaian pelajar dan juga tugas sebagai PA.
Sehari suntuk menekuni tugas, dan sementara tunggu jam 3.30 untuk balik dan terus bertolak ke Jengka petang ini, singgah sekejap di blog untuk sedikit update.
Tentang Facebook. Saya aktif Facebook semenjak setahun yang lalu, dan dalam cakap-cakap orang tentang FB ini ejen Yahudi, saya pada mulanya gusar untuk menggunakan aplikasi internet ini. Namun, bila membaca komen dan buah fikiran Ustaz Hasrizal Jamil tentang FB, saya rasa ianya medium yang wajar dimaksimakan penggunaannya untuk pelbagai tujuan yang baik.
Dengan FB, beberapa manfaat yang saya dapat ialah:
1. Dapat berhubung @ 'jumpa' semula dengan kawan-kawan lama yang sudah berbelas tahun tidak berjumpa dan tidak tahu berita. Ada kawan di SK Rusila, SMKA Sheikh Abdul Malik, sahabat UM - senior dan junior, juga teman-teman di Takaful Malaysia, tempat saya berkhidmat dulu.
2. Dapat update tentang isu semasa (sangat bermanfaat sebab lately saya malas baca paper!!).
3. Dapat tazkirah / renungan / muhasabah daripada petikan ayat qur'an, hadis dan sebagainya yang di post oleh sahabat-sahabat FB.
4. Dapat kongsi apa yang saya rasa, juga sedikit ilmu yang ada dengan orang lain. (Moga membuah pahala).
5. Dapat chat dengan kawan-kawan di waktu senggang...(sudah tentu! jangan sampai mengganggu kerja. )
6. Dapat minta pendapat sahabat-sahabat FB tentang apa yang bermain di fikiran saya.
Dan banyak lagi sebenarnya.
Teknologi sebegini untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Dan, ID yang digunakan dalam FB, apa yang anda post, apa yang anda komen sebenarnya melambangkan diri anda sendiri. Jadi, berhati-hatilah. Dengan FB boleh menambah pahala, boleh juga menambah dosa.
p/s: cuma, saya kurang senang dengan sesetengah sahabat dalam FB yang meluahkan perasaan kepada insan tersayang (especially suami-isteri) dengan menggunakan medan FB. Contoh, ucapan hari lahir, ulangtahun perkahwinan dsbnya. Bahasa yang digunakan, ungkapan dan ekspresi yang bagi saya hanya sesuai diucapkan direct kepada orang yang dituju, bukan untuk dikongsi dengan semua orang. Tidak salah andai ucapan itu dibuat dengan bahasa yang sederhana, matang dan ada manfaatnya kepada orang lain.
Itu saya. Lain orang, lain cara....=)
Salam Idul Adha. Pengorbanan yang dipelajari dari sirah, menjadi ibrah sepanjang jalan kehidupan. Untuk dapatkan syurga, kita perlu berkorban....